SEORANG ahli perniagaan di India bertindak menceraikan isterinya gara-gara wanita itu mengelarkan dirinya gemuk seperti gajah.
Lebih teruk, lelaki berusia 35 tahun ini turut mendakwa isterinya pernah menendang penisnya dan memperlekahkan dirinya dengan menyatakan dia tidak boleh memberi kepuasan dalam hubungan seks kerana tubuh badannya yang berat.
Tidak dapat menerima dirinya diceraikan, wanita tersebut kemudian mengancam untuk membakar dirinya dan membuat keluarga suaminya bertanggungjawab serta memulangkan kembali maharnya.
Selain itu, wanita tersebut telah membawa seluruh perhiasan dan harta benda milik suaminya sebelum meninggalkan rumah.
Menurut sebuah akhbar tempatan, wanita berkenaan turut mendesak suaminya mendaftarkan harta hartanah milik mereka atas namanya.
Sementara itu, dalam kes perbicaraan pasangan ini di Mahkamah Tinggi Delhi, India, hakim menyifatkan apa yang dilakukan isterinya adalah satu penghinaan terhadap suami.
「Penghinaan yang dilakukan sang istri merendahkan martabat suaminya, meski dia memang gemuk, namun penghinaan itu merusak rasa percaya diri sang suami,」 ujar hakim.