Pernah tak anda rasa rimas nak guna banyak phone semata-mata untuk whatsapp? Atau anda dah lama cari cara install dua whatsapp dalam satu phone tetapi tidak jumpa kaedah paling mudah dan selamat? Kini ada aplikasi yang memudahkan anda menggunakan dua whatsapp dalam satu phone, iaitu Disa.
CARA INSTALL DUA WHATSAPP PADA PHONE
Disa merupakan aplikasi Android yang membolehkan pengguna untuk install 『service』 lain pada phone tanpa menggangu aplikasi asal di dalam phone. Antara contoh 「service」 yang boleh dipasang ialah Messaging (SMS), Whatsapp dan Facebook. Cara install dua whatsapp ialah pertama sekali install WhatsApp daripada Play Store dan kemudian baru install WhatsApp Service di dalam aplikasi Disa.
Download Disa di Play Store
Disa boleh digunakan di phone Android moden, samada dual-sim atau single sim dan tidak memerlukan sebarang root atau hack.