Assalamualaikum wbt.....
Saat kelahiran Nabi Muhammad SAW diiringi 6 mukjizat. | Baginda Rasullullah SAW diputerakan pada 12 Rabiulawal tahun Gajah. Saat lahirnya baginda ke dunia ini, diiringi dengan keajaiban yang pastinya tak terfikir oleh manusia. Jom cikla nak shareapakah mukjizat itu....
Image credited to google.
1: Bonda Rasullullah tak letih selama mengandungkan baginda. Subahanallah, kita mesti tak kan kalau wanita yang mengandung mesti rasa letih kan. Tapi tidak bagi bonda baginda.
2: Kita mesti tau kan, kalau kita nak melahirkan mesti rasa sakit kan, tapi bonda Nabi langsung tak merasa sakit macam mana wanita lain melahirkan bayi.
3: Saat Rasullullah dilahirkan, baginda lahir dalam keadaan yang sudah dikhatankan, yang mana ia menandakan baginda dalam keadaan bersih dan suci.
4: Semasa baginda lahir, syaitan dan jin tak boleh naik lagi ke langit untuk mendengar percakapan malaikat.
5: Saat baginda Rasullullah lahir, susu Halimah dah tak keluar lagi. Namun dengan izin Allah, bila mulut baginda mendekat, keluarlah air susunya.
6: Saat Rasullullah lahir, maka ada suara yang keluar dari Kaabah yang berbunyi;
"Katakanlah telah datang kebenaran (Islam) dan tidak akan memulai kebatilan, jugatidak akan mengembalikan kekufuran..."
Laillahaillallah muhammadurrasullulah... - Image credited to google.
Sesungguhnya kelahiran Rasullullah SAW membawa rahmat ke seluruh alam. Baginda bukan sahaja dilahirkan untuk menyebarkan agama islam, malah kedatangan baginda telah menyatupadukan seluruh umat manusia.
Oklah, semoga perkongsian ini akan memberi ilmu kepada kita. InshaAllah. Sekian dulu, thanks for reading.... Wassalam....
Sumber : Ruangan kisah teladan Rasullulah, Majalah Wanita.