Selepas 『Bahan』 Pihak Temuduga, Baru Dapat Kerja

@ 2016-03-23

DALAM sektor pengambilan pekerja, graduan yang baru menamatkan pengajian daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mahupun swasta (IPTS) tempatan pastinya menghadapi kesukaran.

Ini adalah disebabkan mereka masih tidak mempunyai pengalaman ditambah pula jika pencapaian CGPA hanya 『cukup-cukup makan』, pastinya membuatkan permohonan graduan tersebut bertambah sukar.

Itulah hakikatnya pada hari ini, kebanyakan syarikat besar akan cerewat untuk memilih pekerja yang sebolehnya menepati kriteria-kriteria pilihan mereka.

Seorang pengguna Facebook, Mustaqim Jaafar berkongsikan pengalamannya sewaktu dia di dalam sesi temuduga bagi jawatan jururawat di sebuah hospital.

Dikatakan sesi temuduga tersebut merupakan kali ke-13 nya dan dia langsung tidak mengharapkan akan mendapat pekerjaan di hospital tersebut.

Jadi apa yang terjadi selapas itu? Jom baca kisah menarik ini…

Saya pernah pergi temuduga jururawat suatu ketika dahulu. Pada masa itu, saya freshie.

Semasa temuduga, HR tanya sama ada saya mempunyai pengalaman ataupun tidak. Sudah tentulah saya cakap tiada sebarang pengalaman dalam kerjaya jururawat.

「Maaf encik Mustaqim, kami hanya mahu calon yang berpengalaman sahaja,」 katanya.

Tanpa berselindung, saya terus 『bahan』 HR.

「Korang nak yang berpengalaman sahaja, habis saya yang tiada pengalaman langsung ini nak celah bedah mana nak mengali pengalaman?

「Dah 12 buah hospital yang saya pergi, semuanya menolak permohonan saya atas faktor tiada sebarang pengalaman dalam jawatan yang dipohon.

「Lain kali, tulis siap-siap dalam iklan kerja kosong 『YANG BARU TAMAT BELAJAR DAN TIADA PENGALAMAN PERGI MAMPOS SANA! KAMI HANYA NAK YANG ADA PENGALAMAN SAHAJA!』. Bu**h!」 kata saya yang sudah gagal menahan rasa geram.

Selang dua hari kemudian, saya menerima surat tawaran berkerja di hospital itu hasil dari tarbiah saya tempoh hari.


相关文章