Ibu Suspek Sembelih Isteri Kongsi Cerita Perkara Aneh..

@ 2016-03-23

Ibu Suspek Sembelih Isteri Kongsi Cerita Perkara Aneh Sebelum Kejadian|

Ibu suspek kes kelar dan tikam isteri mengakui anak kedua daripada lima beradik itu pernah menerima rawatan psikiatri kerana mengalami masalah kemurungan kira-kira sembilan tahun lalu.

Menurut Fauziah, 57, suspek mengadu mengalami 『gangguan』 kira-kira tiga minggu sebelum kejadian.

「Anak saya mengadu dalam dirinya ada orang lain malah mengalami tekanan kebelakangan ini. Namun, saya tidak menyangka dia bertindak di luar jangkaan. Hubungan mereka juga baik dan tiada masalah.

「Ketika kejadian saya tiada di rumah, kira-kira jam 11 pagi seorang anak saya menelefon saya memaklumkan dia (suspek) berada di rumah dan mukanya nampak pucat. Paling mengejutkan apabila diberitahu dia bunuh isterinya selepas mereka bertengkar,」 katanya.

Menurut Fauziah, selepas menerima berita menimpa menantunya, dia bergegas ke lokasi kejadian namun panggilannya tidak bersahut.

「Disebabkan terlalu panik, saya bergegas bertemu besan yang ketika itu berada di Taman Desa Mutiara untuk mengetahui kejadian sebenar.

Besan juga memaklumkan menerima panggilan daripada Intan (Noraini) meminta tolong sebelum panggilan terputus,」 katanya ketika ditemui selepas pengebumian menantunya di Tanah Perkuburan Taman Istimewa, semalam.

Sementara itu, ibu mangsa yang enggan namanya dikenali berkata, sebelum kejadian dia sering bermimpi ramai orang datang ke rumahnya.

「Makcik kerap bermimpi ramai orang datang ke rumah namun menganggapnya hanya mainan tidur. Tiada perangai pelik yang ditunjukkan Noraini, cuma dia kerap berpesan supaya kedua-dua anaknya dijaga oleh keluarga kami jika dia tiada,」 katanya


相关文章