KUALA LUMPUR – Malaysia Airline System Berhad (MAB) menafikan khabar angin yang mengatakan bahawa pesawat MH020 miliknya terhempas dekat Leon, Paris, awal pagi ini.
Berita Harian Online melaporkan, laluan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Paris, yang terakhir adalah pada Januari lalu.
「Merujuk kepada berita bahawa MH020 terhempas, MAS ingin mengesahkan bahawa ia adalah tidak benar.
「Perkhidmatan dari KLIA ke
Paris sudah ditamatkan sejak Januari tahun ini,」 katanya.
Orang ramai dikejutkan dengan berita sebuah pesawat MH020 dari KLIA ke Paris terhempas di Leon, jam 12.15 tengah malam waktu Malaysia.
Khabar angin disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp itu turut mendakwa kesemua 350 penumpang, termasuk 16 anak kapal pesawat yang berbangsa Melayu terkorban.
Sehubungan itu, katanya, berita mengenai pesawat MH020 terhempas yang tersebar itu adalah palsu.