Jika anda pernah tinggal di asrama sudah tentu ada kisah seramnya yang tersendiri. Admin cuma andaikan kerana admin sendiripun pernah tinggal di asrama. Begitulah ceritanya kisah yang berlaku di kampus UiTM Sabah ini.
Bila sebut saja pasal perempuan yang bernama Melati student disana mengaitkanya dengan kisah seorang perempuan yang pernah membunuh diri sejak lama dulu. Versinya ceritanya banyak namun pada entri ini admin akan ceritakanya pada anda satu per satu.
Asrama lama UiTM telah dikosongkan sejak lama dulu dan di asrama inilah bermulanya kisah pembunuhan diri seorang perempuan yang bernama Melati.
Cerita tentang Melati ini mengatakan yang si Melati ini membunuh diri dengan menggantung diri di dalam sebuah almari miliknya, Puncanya adalah dia telah mengandung anak luar nikah dengan salah seorang student lelaki ketika itu, dan atas sebab itulah dia membunuh dirinya.
Selain mati akibat menggantung diri, ada juga yang mengatakan yang Melati telah membunuh diri dengan memotong urat pergelangan tanganya. Dikatakan yang kejadian itu berlaku ketika cuti semester yang mana semua pelajar balik bercuti.
Para pelajar asrama tersebut hanya menyedari yang Melati telah mati selepas menghidu bau busuk yang datangya daripada almari pakaian yang dimiliki Melati,
Ada juga yang menyatakan yang Melati ini bukanlah seorang pelajar UiTM Sabah, namun dia merupakan seorang penjual kuih yang berniaga di kampus UiTM ketika itu. Dia dikatakan bercinta dengan student di sana dan telah terlanjur.
Akibat terlalu kecewa ditinggalkan dia pun membunuh diri dengan cara terjun daripada salah satu bangunan asrama yang terdapat disana. Semenjak itu kawasan tersebut dikatakan berhantu dan ada yang menyatakan melihat kelibat wanita yang terjun bangunan.
Kisah ini telah lama dan ianya menjadi satu cerita yang diceritakan oleh pelajar-pelajar senior kepada pelajar junior. Sudah menjadi seperti satu kemestian. Namun betul atau tidak tentang kisah ini terpulanglah kepada kita untuk mempercayainya.