Pagi tadi saya dapat pesanan whatsapp daripada grup tadika anak berkenaan fenomena ekuinoks atau cuaca panas mendadak disebabkan oleh matahari berada tepat di garisan khatulistiwa. Banyak kesan kepada hidupan khususnya kita sebagai manusia.
Cuaca Panas Mendadak Adalah Fenomena Ekuinoks
Fenomena equinoks berlaku apabila matahari berada paling dekat dengan khatulistiwa
Kenapa ia dipanggil sebagai ekuinoks? Ini adalah kerana ia berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud 『equal night』. Maknanya siang dan malam sama, sama tempohnya. Semua tahu paksi Bumi condong sebanyak 23.5 darjah. Ketika ia mengelilingi matahari, ada ketikanya paksi Bumi akan berada tegak (relatif kepada kedudukan matahari). Maka pada ketika itu, berlakulah fenomena ekuinoks.
Fenomena ini bukan pertama kali malah ianya berlaku sebanyak dua kali setiap tahun iaitu setiap bulan Mac dan September, yang mana, matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa dengan suhu paling panas terutamanya di Semenanjung.
Fenomena ini akan menyebabkan waktu siang lebih panjang berbanding waktu normal. Ini disebabkan oleh penipisan lapisan ozon kini, maka pendedahan cahaya matahari pada masa terbabit akan lebih dirasai berikutan suhu yang semakin meningkat terutamanya pada pukul 12 tengah hari sehingga 3 petang.
Bila berlaku siang ini lebih panjang, sudah tentu pendedahan cahaya matahari itu lebih dan dengan keadaan sekarang ini dengan lapisan ozon yang semakin menipis, kita akan mendapat lebih cahaya, lebih tenaga matahari, suhunya akan meningkat lebih tetapi setakat ini, belum ada amaran dikeluarkan sama ada suhu yang kritikal pada waktu ekuinoks ini ataupun tidak. Kita harap suhunya lebih sikit daripada normal, tidaklah melampau sangat. Setakat yang saya tahu, paling panas adalah 40 darjah.
Tips Hadapi Cuaca Panas Mendadak Disebabkan Ekuinoks
Tips kekal sihat dalam cuaca panas
1. Minum air yang banyak.
Minumlah 2-4 gelas air kosong /air mineral setiap jam. Hindari meminum minuman berkafein atau beralkohol kerana ditakuti boleh mengakibatkan dehidrasi. Selain air mineral, minuman isotonik juga dapat membantu menyegarkan tubuh dan mengelakkan dehidrasi. Pilihlah minuman isotonik tanpa gula dan gas sepertiPerformance Drink.
Minuman isotonik tanpa gas dan gula membantu mengelakkan dehidrasi dan memberikan kesegaran kepada tubuh
Lain-lain tips hadapi cuaca panas adalah:
Kurangkan aktiviti luar Banyakkan berehat Pakai pakaian berwarna putih atau terang. Pakaian berwarna cerah akan membantu memantulkan cahaya matahari, sebaliknya pakaian berwarna gelap akan menyerap haba dan cahaya. Gunakan kacamata hitam/berwarna gelap untuk menghindari silauan cahaya matahari. Apabila keluar rumah atau berada diluar gunakan payung, topi atau alat pelindung kepala lainnya. Kerapkan mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh. Jangan tinggalkan anak dalam kereta, ini boleh menyebabkan masalah keselamatan dan kesihatan mereka.
Jangan tinggalkan anak-anak dalam kereta kerana boleh membahayakan nyawa mereka
Siapa Yang Berisiko Dalam Cuaca Panas Mendadak
Individu yang boleh terjejas dengan cuaca panas adalah individu yang terbabit dengan aktiviti luar seperti pekerja buruh, orang dewasa dan warga emas, kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah, individu yang mempunyai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan asthma.
Jika anda mengalami masalah seperti pening kepala yang berpanjangan, keletihan, mual dan muntah, anda mungkin sedang mengalami kesan akibat fenomena ekuinoks ini.
Awasi Strok Haba Disebabkan oleh Cuaca Panas Mendadak
Strok haba atau heat stroke adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celsius.
『Strok Haba』 (Heat Strok) iaitu 『Kejutan Suhu Panas』 adalah penyakit yang berkaitan dengan haba yang amat serius (Penyakit Suhu Panas Luar Biasa). Ia adalah satu kecemasan perubatan yang mengancam nyawa disebabkan daripada kegagalan peraturan suhu badan(thermoregulation). Tidak seperti penyakit haba yang lain, strok haba dicirikan oleh ketinggian suhu badan melampau (hyperthermia) dan berkaitan disfungsi pusat sistem saraf dan kegagalan fungsi organ.
Awasi strok haba disebabkan cuaca panas
Simptom Strok Haba
Tanda-tanda dan gejala masalah kesihatan berkaitan panas adalah pelbagai, bergantung kepada situasi, keterukan atau keadaan sesuatu masalah itu. Gejala-gejala biasa yang selalu dihadapi termasuklah:
Tanda-tanda strok haba
Pitam Sawan Dahaga Berpeluh Kekejangan Lemah tumpuan Tubuh kekejangan Tekanan darah rendah Lemah otot-otot badan Loya, mual dan muntah Keletihan dan kemalasan Denyutan nadi yang pantas. Kulit kering dan kemerahan Pening dan Sakit kepala berdenyut Kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas
Selain itu, ada kesan-kesan kesihatan strok haba seperti berikut:
Heat Fatigue – Keletihan/kelesuan akibat panas Heat Syncope – Pitam/pengsan akibat panas Heat Cramps – Kekejangan akibat panas Heat Exhaustion – Keletihan/kepenatan akibat panas Heat Stroke – Strok akibat panas Cara Atasi Masalah Disebabkan Cuaca Panas Mendadak
Bahaya Strok Haba Terutama Golongan Berisiko
Cara atasi masalah disebabkan cuaca panas: Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan Gunakan kipas untuk sejukkan badan Keluar dari kawasan berhawa panas Tanggalkan pakaian yang ketat Cara Hadapi Bahaya Disebabkan Kekejangan Otot Keluar dari kawasan yang panas Letakkan bungkusan ais/air batu Regangkan otot-otot yang terlibat Minum air dengan kekerapan setiap 15 minit Hindari aktiviti fizikal yang lasak untuk sementara waktu.
Cepat-cepat dapatkan bantuan perubatan jika keadaan semakin teruk.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan suplemen Shaklee daripada saya melalui maklumat berikut.