Mungkin kerana ada yang menyatakan penjawat awam tidak diberi kenaikan satu lagi tangga gaji seperti dijanjikan dalam Bajet 2016, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa membuat penegasan yang kenaikan itu tetap akan dilaksanakan 1 Julai ini.
Bahkan gaji minimum penjawat awam sebanyak RM1,200 sebulan juga akan dilaksanakan pada tarikh sama.
「Kerajaan juga tidak akan berhentikan penjawat awam termasuk mereka yang dilantik secara kontrak,」 katanya dipetik Free Malaysia Today semasa menutup Konvensyen Perumahan Penjawat Awam bertema 『Rumah Idaman Menjamin Kualiti Hidup』 semalam.
Turut hadir Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda dan Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA) Datuk Abdul Fattah Abdullah.
Seronoklah penjawat awam ya, 2 kenaikan tahun ini!!