Sebab-Sebab Utama Kereta Bergegar

@ 2016-03-01

Sebab-Sebab Utama Kereta Bergegar

Kereta adalah kenderaan yang paling banyak digunakan di atas jalanraya. Namun tidak semua pengguna mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam penjagaan kereta. Menghantar kereta ke bengkel untuk diservis adalah cara terbaik bagi mereka yang tidak mahir dalam proses penyelenggaraan kenderaan.

Namun jika anda tersilap langkah, anda mungkin terperangkap dengan bengkel yang 「cekik darah」, lantaran harga caj perkhidmatan yang sangat tidak munasabah dengan kerosakkan yang diservis.

(1) Dari bahagian enjin

Kadang-kadang gegaran datang dari enjin kerana ia tidak dapat cukup pembakaran, minyak dan udara untuk enjin tersebut berfungsi dengan baik. Tanda-tanda masalah gegar dari enjin;

Kadang-kadang kereta akan "sentap", gegar berkala ketika memandu, sekejap ada gegar, sekejap tiada dan seterusnya, Mula-mula bawak memandu ok, lepas itu enjin mula bergegar.

SPARK PLUG, AIR FILTER, FUEL FILTER

Ini mungkin tanda kereta perlukan palam pencucuh (spark plug) baru. Kalau masih elok, lihat pula kabel palam pencucuh (cable plug), adakah ia disambung betul atau tidak atau perlukah ditukar baru. Kalau bukan, mungkin penapis angin (air filter) atau penapis minyak (fuel filter) kotor. Penapis angin kotor menyebabkan udara tidak cukup sampai ke enjin dan penapis minyak (fuel filter) tersumbat menyebabkan minyak kurang sampai ke enjin. Sila bersihkan atau tukar penapis angin mengikut jadual dan begitu juga penapis minyak.

Boleh jadi juga enjin bergegar kerana kipas radiator pecah atau rosak. Ia masih berpusing tapi tidak serata. Maka ia boleh menyebabkan kereta rasa bergegar dari kanan ke kiri dan sebaliknya.

Bagaimana kalau enjin bergegar sewaktu berhenti atau dalam keadaan pegun (idle)?

Biasanya ramai yang menasihatkan supaya tukar pemegang enjin (engine mounting). Ada kalanya ia betul, tetapi tidak kurang juga kes, selepas tukar, masih bergegar lagi. Mengapa ia terjadi?

Sebelum anda tukar pemegang enjin (engine mounting), pastikan enjin anda berfungsi dengan baik. Boleh jadi satu silinder tidak berfungsi dengan baik, ada kebocoran (vacuum leak), enjin bermasalah (throtle body) (ada yang menyangka throttle body bermasalah, dah cuci pun masih tidak memuaskan, kipas radiator rosak, masalah berkaitan 『fuel injection』 dan sebagainya. InsyaAllah masalah engine bergegar ketika idle (berhenti) kita akan cover di artikel lain.

(2) Axle/driveshaft

Kalau AXLE/DRIVESHAFT bengkok disebabkan pelanggaran, kemalangan, termasuk lubang dan seumpamanya, kereta akan bergegar, dan lagi laju lagi kuat gegaran kerana tugas komponen tersebut adalah memindahkan tenaga dari enjin ke tayar.

(3) Masalah brek

Jika gegaran terjadi waktu brek, boleh jadi ia disebabkan oleh BRAKE DISC (brake rotor) yang bengok, atau tidak sekata permukaannya. Mungkin ia perlu di skim atau ditukar.

Jika kereta bergegar pada kelajuan tertentu dan selepas itu terus bergegar kuat dan ada bau hangit seperti tayar terbakar, kemungkinan brek pad (brake caliper) melekat.

(4) Rim/bearing

Jika getaran dapat dirasakan sehingga ke stering, boleh jadi ia disebabkan rim dah bengkok, bearing perlu ditukar, tie rod end perlu ditukar atau bahagian komponen suspensi lain. Biasanya tiada jadual berkala untuk perkara seperti ini, bergantung kepada pengunaan kereta, pemanduan, keadaan jalan dan sebagainya. Mungkin ada yang perlu adjust.

(5) Tayar

Akhir sekali sebab gegaran adalah tayar. Jika getaran berlaku di kelajuan tertentu, mungkin tire BALANCING perlu dilakukan. Tayar yang haus tidak seimbang, mungkin perlu ditukar dari depan ke belakang dan sebaliknya. Jika tayar sudah bengkak atau getah tayar dah mula merekah, sebaiknya ditukar terus.

Ini hanyalah garis panduan kasar, kesimpulannya, gegaran mungkin disebabkan enjin tidak berfungsi sempurna kerana spark plug, plug cable, air filter, fuel filter, komponen-komponen di bahagian enjin, atau kerana drive shaft/axle atau bahagian suspensi sistem , atau rim ataupun tayar sendiri.

Macam mana kalau gegaran tersebut diikuti dengan bunyi bising? Kemungkinan is bersangku- paut dengan gearbox dan drive train (komponen yang menghubungkan gearbox ke axle)

Untuk dapat diagnosis dengan lebih tepat, sila bawa ke bengkel yang dipercayai untuk mendapatkan khidmat nasihat serta pemeriksaan.


相关文章