Tip Untuk Kekal Cergas

@ 2016-02-13

1) Banyakkan Minum Air Masak -

Pastikan ada bekalan air masak di meja kerja anda. Dengan mengamalkan cara ini, anda akan lebih cergas. Elakkan minuman bergula kerana ia akan membuatkan anda mengantuk. Minuman bersusu juga elok dihindari.

2) Jangan terlalu asyik dengan kerja yang sedang dibuat-

Beri ruang kepada diri sendiri. Sambil bekerja,anda boleh melayari internet juga. Tak lah bosan sangat kan!

3) Sentiasa bersedia dengan bekalan snek sihat -

Untuk mengelakkan rasa mengantuk, elok juga letakkan satu bekas kudapan ringan seperti kismis atau kekacang di meja kerja. Gula-gula berperisa pudina juga enak...

4) Buat senaman ringkas -

Ketika anda sudah letih,buat senaman ringkas. Tak susah,lakukan di hadapan komputer saja. Regangkan pinggang, bahu dan lengan. Anda juga boleh berjalan sekitar pejabat untuk melonggarkan otot-otot yang keletihan dan sudah ketat kerana terlalu lama duduk menghadap komputer.

5) Semburkan minyak wangi -

Tahukan anda, bau harum dapat mengembalikan kecergasan tubuh seseorang? Bila mula rasa mengantuk,semburkan sedikit minyak wangi pada bahagian tertentu tubuh seperti pergelangan tangan atau leher. Ia umpama satu terapi yang menenangkan.


相关文章