Kemudahan rumah PPR disediakan oleh kerajaan bagi membantu golongan berpendapatan rendah untuk mendapat kediaman dengan kadar sewa yang rendah. - Gambar hiasan
KOTA TINGGI – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan bertindak mengeluarkan notis kepada penyewa unit kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang menyewa atau memajak kediaman tersebut kepada individu lain termasuk warga asing untuk kepentingan mereka.
Timbalan Menterinya, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, kerajaan tidak bertolak ansur dengan perkara tersebut dan akan menggunakan peruntukkan undang-undang untuk menarik balik unit PPR tersebut sekiranya ia disalahgunakan.
「Buat masa ini, kementerian sedang menyusun tindakan bersama kerajaan-kerajaan negeri untuk melakukan penguatkuasaan.
「Sekiranya ada pihak yang mengambil kesempatan daripada keselesaan yang diberikan kerajaan, sila hentikan perbuatan tidak sihat ini. Jika sudah tidak memerlukan rumah PPR, mereka boleh mencari kediaman lain kerana ramai lagi yang memerlukan rumah sewa PPR,」 katanya.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.