Rumah sewa dihantui api misteri

@ 2016-01-14

KUALA TERENGGANU - Dua buah keluarga hidup dalam ketakutan dan terpaksa berpindah setelah rumah sewa didiami dihantui 『api misteri』 sejak tiga bulan lalu.

Rafeah Sudin, 41, berkata, mereka sekeluarga telah menyewa di rumah di Kampung Losong Atap Zin tersebut sejak lapan tahun lalu, namun kejadian 『misteri』 ini mula berlaku sejak tiga bulan lalu apabila barang-barang yang ada di dalam rumah tiba-tiba terbakar sendiri.

Selain keluarganya, misteri sama turut menghantui keluarga jirannya, Nor Aini Kamaruddin, 35, yang berdepan perkara sama menyebabkan mereka buntu memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

Pelbagai usaha dilakukan kedua keluarga ini termasuk memanggil lebih 10 pengamal perubatan Islam dan ustaz, namun sehingga kini, ia tidak berhasil menyebabkan mereka terpaksa berpindah ke rumah sewa yang lain kerana ketakutan.

Menurut Rafeah, peristiwa pelik ini mula berlaku sejak November lalu dengan kejadian terbaru berlaku kira-kira jam 6.30 pagi semalam, apabila sebuah motosikal Yamaha Ego S yang berada di luar rumah tiba-tiba terbakar.

Kebimbangan sama turut menghantui keluarga Nor Aini yang memaklumkan mereka sekeluarga tidak lena tidur dan bimbang untuk meninggalkan rumah sejak diganggu api misteri itu.

「Pelbagai cara sudah dilakukan tetapi semuanya gagal dan kini sedang mencari rumah lain untuk berpindah.

「Tidur kami tidak lena kerana bimbang kebakaran itu menyebabkan kami sentiasa berjaga-jaga sehingga menyediakan air di dalam baldi sebagai persediaan,」 katanya.


相关文章