TAWARAN MENGIKUTI KURSUS SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

@ 2015-12-29

TAWARAN MENGIKUTI KURSUS SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SPAKK) TAHUN 2016 DI JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS)

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (TABIKA / TASKA) KEMAS Tahun 2016:

1. Syarat-syarat:

*Warganegara Malaysia;

*Berumur tidak kurang dari 21 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan;

*Terbuka kepada lelaki dan perempuan;

*Pemohon mestilah memiliki kelayakan akademik seperti berikut :-

(a) Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (keutamaan kepada calon yang memiliki Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak); dan

(b) Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

*Kakitangan bertaraf tetap dan lulusan Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak layak untuk memohon jawatan ini;

*Hanya calon yang telah menamatkan pengajian di peringkat diploma dan telah bergraduasi sahaja dibenarkan memohon.

2. MAKLUMAT ASAS KURSUS

Tempat : Institut/ Pusat Latihan KEMAS

Tempoh : Tiga (3) atau Enam (6) bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh Jabatan

a) PANDUAN IKLAN JAWATAN KOSONG SPAKK dan;

b) BORANG PERMOHONAN

boleh dimuat turun pada pautan berikut:

http://www.sistemkemas.com/jkspakk/

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 11 JANUARI 2016


相关文章