Memang Celaka Dia Punya Segan – Ucapan Anniversary 『Mr Arrog

@ 2015-12-13

Setelah 10 tahun mendirikan rumahtangga, susah senang semua sudah dihadapinya bersama lelaki ini bagi kredit paling win untuk isterinya sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

Cara paling sempoi dan tak payah gunakan kapsyen ayat bunga sepertimana orang lain buat, pendek kata sangat 『Mr Arrogant』, kasar tapi romantik gitew!

Tak ada indoor photo shooting, apatah lagi outdoor photo shooting

Masa kita kahwin;

Kau masih belajar disemester entah berapa

Aku pula di KLCC sebagai seorang eksekutif muda

Itu lah, aku dah pesan jangan ambil diploma

Lambat habis degree dibuatnya

Padanlah muka aku, belanja kahwin kena tanggung semua

Masa kita kahwin;

Kenduri hari sama

Pukul 12 pergi rumah kau

Pukul 2 datang rumah aku

Terkejar kejar ke hilir ke hulu

Kawan kawan makan nasi minyak dua kali

Boleh kenyang sampai esok hari

Masa kita kahwin;

Udang panjat dan ayam golek atas meja pengantin aku rembat dulu

Kau bisik 「Abang ni, makan macam tetamu!」

Aku jawab 「Ini kenduri kahwin aku, lauk yang sedap dan power memang la aku sapu dulu!」

Kau bisik lagi 「Lengan baju melayu tu kena sambal siakap tiga rasa」

Aku jawab lagi 「Biarkan, ini kan kenduri kita?」

Masa kita kahwin;

Tak ada photographer bawa gadget Nikon Canon bersilang bergantung di leher di bahu, tak ada indoor photo shooting, apatah lagi outdoor photo shooting

Acara photo shooting pun kita tak pedulikan apa benda

Yang kita ada cuma seorang pakcik tua, dengan kamera filem cuci design lama, ambil gambar klik klik klik

Hasil gambar gambarnya, MasyaAllah! Memang tak lawa, bukan kata nak tunjuk ke orang, kita nak tengok sendiri pun tak berapa selera

Tapi tak apa, tak ada gambar beriya

Kita steadykan saja

Masa kita kahwin; Memang celaka dia punya segan

Masa kita kahwin;

Menikah malam di rumah kau

Aku bergaya pinjam kasut sarung ayah

Yakin masuk ke rumah, bersila salam tok kadi, sekali lafaz selesai Alhamdulillah

Tak sedar pulak stoking koyak sebelah

Memang celaka dia punya segan

Kau tanya 「Takkan abang tak perasan?」

Aku jawab 「Stoking pergi kerja hari hari tu, ahhh persetankan!」

Masa kita kahwin;

Seluar Dockers bundle jadi hantaran

Kau tanya sambil cebik muka 「Kenapa kita tak beli yang baru saja?」

Aku jawab dengan senyum gembira 「Bundle ni banyak berjasa, apa salah kita raikan dia di hari paling bahagia?」

Masa kita kahwin;

Aku memang minta air CocaCola

Ayah kata, tak sesuai dengan tekak orang tua

Ibu kata kita buat air kenduri yang biasa biasa saja dah la

Kau pula kata janganlah buat kerja gila

Aku turut dalam paksa rela

Masa kita kahwin;

Tak terfikir nak honeymoon ke mana

Tak terbincang nak duduk rumah macam mana

Tak peduli apa jenis kereta yang kita ada

Yang kita tahu cuma nak hidup bersama membina keluarga

Setelah lama;

Waktu menjadi guru paling bermakna

Waktu mendidik kita menjadi pasangan dewasa

Mengajar yang hidup ini tidak akan pernah senang tanpa cita cita yang kita tanam

Kita melewati alam berdua, bertiga, berempat, berlima dan sekarang berenam

Setelah lama;

Kita cuma ada satu stroller, satu walker dan satu buaian

Sabar dan gagah mereka bertahan

Menjadi saksi dari anak anak bertali pusat

Hingga semuanya boleh bercakap dan berjalan

Aku Bertukar Kerja Dari Bergaji Kepada Berniaga

Setelah lama;

Aku bertukar kerja dari bergaji kepada berniaga

Kau kata 「Ok bang, buatlah apa yang abang fikir dan rasa」

Kemudian kau pula tanya 「Boleh ke kalau saya nak berhenti kerja cikgu dan duduk rumah sepenuh masa?」

Aku jawab 「Itulah yang paling power, silakan bagi notis lusa」

Kita layan, steadykan saja

Setelah lama;

Bermula dengan 1, 2, 3 dan seterusnya

Hari ulangtahun pernikahan tidak lebih dari ingatan dan kata kata

Bagaimana kita tuang isi makna sepanjang perjalanannya, itulah yang paling utama

Berdoa memohon Ridho, biar berganti sejadah, telekung, songkok, kopiah

Tetaplah nan satu yang kita pinta

Moga istiqomah dalam bahagia

Setelah lama;

Tuhan memelihara kita dengan kemurahan rezeki dan kurnia

Fateem, Faseeh, 『Abdullah dan Faqeh, bersama nikmat fana pinjaman dari Yang Maha Esa untuk kita syukuri dan rasa

Dan kalau setiap saat itu cinta

Maka telah kita lalui 315 juta kali cinta

Masih terbilang dengan angka di dunia

Hingga kiraannya lenyap membawa kita ke Syurga.

****

IIla Firdaus

Selamat menyambut hari ulangtahun

perkahwinan yang ke-10!


相关文章