10 individu terkaya Malaysia 2015

@ 2015-11-27

Salam 1Dunia, keadaan ekonomi tahun 2015 berbeza daripada tahun 2014 terutama untuk industri minyak dan gas. Nilai Ringgit Malaysia berbanding Dollar juga merosot pada tahap terendah dalam tempoh 5 tahun. Dua faktor ini telah memberi kesan besar kepada senarai orang terkaya Malaysia 2015 berbanding 10 individu terkaya Malaysia 2014.

Top 10 individu terkaya Malaysia 2014 (sumber google)

Dua individu Melayu terkaya 2014 iaitu Datuk Mokhzani dan Tan Sri Azman Hashim terkeluar daripada senarai 10 orang terkaya Malaysia 2015. Satu-satunya billionaire Melayu yang merupakan Melayu terkaya di Malaysia yang masih berada dalam senarai adalah Tan Sri Syed Mokhtar juga turun dari kedudukan enam kekedudukan kelapan . Puan Lim Kim Hoa satu-satu wanita yang masuk dalam senarai 2014 juga terkeluar dari senarai terkaya 2015.

Alhamdulillah aku telah menulis senarai 10 orang terkaya di Malaysia sejak 2010 sehingga entri menjadi rujukan Wikipedia. Untuk tahun 2015 Forbes telah mengeluarkan senarai 50 individu terkaya di Malaysia. Tan Sri Robert Kuok dan Tan Sri Ananda Krishnan masih mengekalkan dua kedudukan teratas individu terkaya di Malaysia sejak beberapa tahun lepas.

Dalam keadaan ekonomi dunia yang semakin mencabar kita kena jadi manusia kreatif untuk menambah sumber pendapatan. Bukan semua industri akan menurun apabila keadaan ekonomi dunia tidak menentu. Pasti ada industri yang terus berkembang dan kita kena cepat menyesuaikan diri mencari peluang tersebut. Kita tidak boleh terlalu memilih bidang bisnis yang hendak diceburi tetapi mencari peluang yang menguntungkan walaupun bukan kepakaran kita.


相关文章