CEDERA…Mangsa yang mengalami kecederaan menerima rawatan di Hospital Miri.
TEMBAK…Lokasi mangsa ditembak dipercayai menggunakan senapang angin oleh individu dikenali dalam kejadian di Kampung Senadin Jaya, semalam.
MIRI: Angkara gagal melunaskan hutang, seorang lelaki cedera di bahagian belakang kepala dan tangan kiri selepas dipercayai ditembak dengan menggunakan senapang angin oleh individu dikenali dalam kejadian di Kampung Senadin Jaya, di sini pagi semalam. Kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, dikatakan berlaku ketika mangsa berusia 26 tahun berada di rumah sewanya didatangi tiga lelaki.
Sebelum kejadian, suspek dipercayai meminta mangsa membayar hutang salah seorang saspek, namun mangsa gagal berbuat demikian menyebabkan mereka tidak puas hati. Mangsa juga dikatakan sempat merayu tetapi berkemungkinan saspek berang dengan alasan diberikan mangsa, salah seorang daripada mereka kemudian bertindak melepaskan satu tembakan kearah mangsa dan terkena di bahagian tangan kiri mangsa.
Sejurus kejadian itu, mangsa bertindak melarikan diri, namun dikejar oleh suspek yang dipercayai bertindak melepaskan satu lagi das tembakan dan mengenai bahagian belakang kepala mangsa. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Junaidi Bujang mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.
Menurutnya, kejadian disedari oleh sepupu mangsa apabila melihat keadaan mangsa yang mengalami kecederaan dan seakan-akan melarikan diri dari seseorang. 「Sepupu mangsa kemudian meminta bantuan jiran menghantar mangsa ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan.
「Mangsa masih tidak sedarkan diri namun keadaannya dilaporkan stabil,」 katanya di sini. Katanya, susulan kejadian itu, dua lelaki berusia lingkungan 30-an ditahan untuk bantu siasatan. 「Berdasarkan siasatan awal, motif tembakan itu mempunyai kaitan dengan masalah hutang,」 katanya. J u n a i d i b e r k a t a , k e s berkenaan disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh.