Ramai guru yang sering keliru dengan format-format Pelan Strategik kerana format Pelan Strategik ini sering berubah mengikut kehendak KPM.. Di sini saya mengongsikan Format Baru Pelan Strategik, Pelan Taktikal dan Pelan Operasi. Format pelan ini digunapakai mulai tahun 2014 yang lalu. Diharapkan pengongsian ini memberi panduan kepada para guru dalam menyiapkan ketiga-tiga pelan ini sebelum persekolahan 2016 yang akan datang...
1. Format PELAN STRATEGIK
Nota Jadual Pelan Strategik:
1. Perlu dibina sekali sahaja bagi tempoh tiga tahun seperti yang telah dipersetujui oleh JPN dan PPD.
2. Jadual sPeCt (school Programme Check tool) dan Analisis Persekitaran (SWOC) perlu disediakan sebelum Jadual 1.
3. Jangan ubah saiz dan font tulisan serta maklumat jadual. Sila isi dengan maklumat yang tepat dalam petak kosong berpandukan penerangan tertera.
2. Format PELAN TAKTIKAL
Nota Jadual Pelan Taktikal:
1. Perlu dibina setiap tahun.
2. Maklumat KPI, TOV dan Sasaran disalin dari Jadual 1. Sasaran bagi tahun semasa dari Jadual 1 manakala TOV adalah pencapaian sebenar da ri
tahun sebelumnya.
3. Jadual OPPM (one page project manager) jika disediakan dan diletakkan sebelum Jadual 2 boleh menyokong skor p eroleh skor 6 dalam SKPM.
4. Jangan ubah saiz dan font tulisan serta maklumat jadual. Sila isi dengan maklumat yang tepat dalam semua petak kosong.
3. Format PELAN OPERASI
Nota Jadual Pelan Operasi:
1. Perlu dibina mengikut bilangan program/aktiviti dari Jadual 2 pada setiap tahun.
2. Bahagian pertama perlu dilengkapkan dengan pernyataan penuh seperti sasaran dalam objektif.
3. Bahagian kedua jadual perlu dikekalkan perkataan dalam kurungan. Biarkan ruangan kosong untuk persediaan catatan semasa peman tauan ruangan kekangan, pemantauan dan penambahbaikan. Ruangan penilaian perlu diisi bila keputusan atau hasil program/aktiviti telah dicapai. Semua catatan dalam bahagian ini perlu dicatat dengan tulisan tangan sahaja dan ditanda tangan ringkas beserta tarikh pemantauan/catatan.
4. Bila selesai program/aktiviti penilai utama program (KS/PGB/KB/GKP) perlu menanda tangan.
Semua maklumat/catatan dari bahagian kedua pelan operasi perlu ditaip dalam Jadual Rekod Pelaksanaan dan Penilaian Program Sekolah seperti contoh di bawah...
Akhirnya, maklumat sasaran dari Jadual Pelan Strategik, nama program/aktiviti yang telah dijalankan dan prestasi pencapaian sebenar (seperti penilaian dalam jadual Jadual Rekod Pelaksanaan dan Penilaian Program Sekolah) perlu diisi dalam Jadual Penilaian dan Maklum Balas Pretasi Pelaksanaan Strategik seperti contoh di bawah. Ulasan yang sesuai terutamanya bila sasaran tidak dicapai perlu diberikan oleh pelaksana program/aktiviti.
Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan bahan-bahan atau info pendidikan bolehlah tekan butang LIKE untuk Join laman page Facebook baru kami, Sekian Terima Kasih...
Page kami : "BUMI PENDIDIKAN BARU"