Tarikh Rasmi Keputusan UPSR 2015 Diumumkan

@ 2015-11-10

Tarikh Rasmi Keputusan Result UPSR 2015 Diumumkan.

Calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015 dijangka dapat mengetahui keputusan mereka pada bulan November 2015 ini. Mengikut rekod, keputusan UPSR tahun sebelumnya telah diumumkan pada minggu ketiga atau keempat November 2015.

Tarikh Rasmi Pengumuman Keputusan UPSR Tahun Sebelumnya

Tahun 2010 - 11 November 2010

Tahun 2011 - 17 November 2011

Tahun 2012 - 19 November 2012

Tahun 2013 - 14 November 2013

Tahun 2014 - 26 November 2014

Tahun 2015 - 17 November 2015 (SELASA)

CARA BUAT SEMAKAN KEPUTUSAN RESULT UPSR 2015

Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi, pada hari keputusan UPSR 2015 keluar iaitu Hari Selasa, 17 November 2015.

Selain itu, calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan UPSR 2015 melalui khidmat pesanan ringkas mySMS ke 15888.

Contoh Semakan Melalui SMS

Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888

Contoh: UPSR BC001A040 hantar ke 15888

Perkhidmatan SMS Keputusan UPSR 2015 ini akan diaktifkan bermula jam 10.00 pagi pada 17 November 2015 sehingga 11.59 malam, 23 November 2015.

jOM...sertai FB group KAMI : "EduShare@Bumi Pendidikan" untuk mendapatkan info pendidikan terkini..

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan bahan-bahan atau info pendidikan bolehlah tekan butang LIKE untuk Join laman page Facebook baru kami, Sekian Terima Kasih...

Page kami : "BUMI PENDIDIKAN BARU"


相关文章