Tragedi yang semakin dilupai - 10 - Mimaland dalam kenangan

@ 2015-11-06

tragedi penutupan sebuah taman tema yg cukup terkenal suatu ketika dahulu...

pada era 1980-an, negara kita pernah memiliki sebuah taman rekreasi yg cukup popular & dikenali sebagai Taman Tema Mimaland...nama Mimaland adalah singkatan daripada gabungan dari perkataan Malaysia In Miniature Land & mula dibina pada tahun 1971 disebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak, Kuala Lumpur...logo yg digunakan utk Mimaland ialah sekuntum bunga raya iaitu bunga kebangsaan negara kita...pembinaan taman rekreasi ini dijalankan mengikut fasa & dibuka secara berperingkat-peringkat..

dalam tahun 1970-an, fasa pertama Mimaland siap sepenuhnyer...antara tarikan utama Mimaland ketika itu ialah taman haiwan pra-sejarah yg mengandungi binaan model-model dinosaur yg bersaiz besar...selain itu, taman rekreasi ini juga memiliki 24 buah motel & 5 buah chalet serta sebuah kolam renang...

selepas 10 tahun lebih beroperasi, akhirnyer Mimaland memperkenalkan 1 lagi tarikan terbarunya pada tahun 1984, iaitu kolan renang gergasi yg dikatakan terbesar di Asia Tenggara ketika itu beserta dgn papan luncur air yg tinggi...tarikan ini berjaya menarik lebih ramai pelancong dari dlm & luar utk datang ke taman ini...selain itu, Mimaland turut mempunyai beberapa bahagian rekreasi lain iaitu sebuah tasik utk aktiviti sampan & memancing, kawasan 'giant maze' & kawasan utk aktiviti merentas rimba...

Mimaland pernah menjadi tempat penggambaran beberapa buah filem tempatan antaranya Gila-gila remaja, & Suara kekasih...

bertahun-tahun lamanyer Mimaland beroperasi menjadi tempat hiburan seisi keluarga, pada Januari 1993, 1 kemalangan yg tidak diingin berlaku dikawasan papan luncur air gergasi hingga menyebabkan kematian sorang warga Singapura yg berusia 27 tahun..kejadian itu telah mengejutkan ramai orang hingga memaksa pihak operasi Mimaland menutup sementara waktu kawasan kolam renang & papan luncur bagi melakukan kerja2 penambahbaikan..

pada Mei 1994 pula, berlaku kerosakan pd dinding kolam renang yg berpunca daripada runtuhan tanah hingga menyebabkan air lumpur memasuki ruang kolam renang tersebut & sekali lg pihak operasi terpaksa menutup kawasan itu kepada org ramai...

ekoran daripada 2 kejadian yg tidak dijangka itu, pihak pengurusan Mimaland telah diseret ke mahkamah oleh beberapa pihak termasuk agensi kerajaan atas dakwaan kelemahan dlm kawalan keselamatan & menjadi punca kpd beberapa masalah alam sekitar...

sepanjang pendakwaan kes tersebut, pihak mahkamah telah mengeluarkan perintah kpd pihak Mimaland drpd meneruskan operasinya...kesan daripada itu, Mimaland terpaksa ditutup buat selama-lamanyer kpd pengunjung pd tahun 1994...

kesan peninggalan Taman Rekreasi Mimaland masih boleh dilihat hingga kini & semakin terbiar usang dimamah usia serta kenangan...

jalan masuk ke Taman Rekreasi Mimaland

pintu masuk utama Mimaland

van yg digunakan utk mengambil & menghantar pekerja Mimaland

ruang pejabat Mimaland

sampan yg pernah digunakan di tasik Mimaland

basikal air yg digunakan di tasik Mimaland

tempat menunggu bus berhampiran dgn pintu utama yg dulunyer penuh sesak dgn para pengunjung

ketika pembukaan taman ini, aku belum dilahirkan & ketika penutupan operasi taman ini pulak aku baru darjah 3 klu tak silap aku...aku tak pernah tahu pun yg Malaysia sebelum ini pernah mempunyai taman tema yg cukup popular...aku ingtakan sunway lagoon @ bukit merah la taman tema pertama di negara ini, rupa2nyer aku silap...kalau la Mimaland ini terus beroperasi hingga kini, mungkin taman ini dah menjadi jauh lebih hebat dr taman tema yg ada sekarang ini...tapi sayang, semuanyer tak seperti yg dirancang...atas beberapa faktor yg tak dpt dielakkan, Mimaland hanya tinggal kenangan skrg ni...mungkin ada hikmahnyer...menurut sumber2 yg diperolehi dr internet, taman yg hebat lg gah ini dulu adalah milik penuh syarikat MAGNUM COPERATION...tak perlu la rasanyer aku hurai lebih pjg lebar...aku yakin semua faham kenapa aku 'capitalkan' nama syarikat tu...wallahualam...

sampai sini je cerite aku kali ini...jumpa lg next entry mengenai tragedi yg semakin dilupai...stay tune semua ya...

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook


相关文章