Borang permohonan BR1M 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia. BRIM seperti yang diumumkan dalam bajet 2016, kadar bayaran BRIM 2016 telah dipertingkat dan diperluaskan. Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, bayaran BRIM dinaikkan dari RM950 kepada RM1000. Manakala bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 bayaran ditingkatkan dari RM750 kepada RM800. Bagi kategori individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kadar BR1M dinaikkan daripada RM350 kepada RM400. Berikut adalah maklumat penting mengenai cara permohonan atau pendaftaran BR1M 4.0 tahun 2015.
Ringkasan tentang BR1M 2016
1.Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 diteruskan dan kadar bayaran dinaikkan
2.BR1M 2016 Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3k ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1000.
3.BR1M 2016 Kategori baru diperkenalkan bagi penerima dalam senarai e-Kasih yg berpendapatan bulanan bawah RM1k akan terima BR1M sbyk RM1050.
4.BR1M Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3k ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1000 BR1M
5.Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4k, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800
6.BR1M Bagi individu bujang 21 tahun ke atas, pendapatan tidak melebihi RM2k sebulan, bantuan ditingkatkan daripada RM350 kepada RM400
7.BR1M Bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian sebanyak RM1000 akan diteruskan.
Borang Permohonan BR1M Tahun 2016 Online
https://ebr1m.hasil.gov.my/ http://www.hasil.gov.my/ http://www.treasury.gov.my/
Terkini: Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank. Bagi pemohon baru, pengguna boleh mendaftar secara dalam talian (Online) atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2016 secara percuma.
Panduan Grafik Cara Permohonan Baru BR1M 2016
1. sila layari: https://ebr1m.hasil.gov.my/ dan klik tab pada permohonan baru
2. Sila masukkan nombor kad pengenalan (bagi pengguna baru)
3. Isi maklumat peribadi termasuk Bahagian A dan Bahagian B
4. Masukkan kod pengesahan dan klik hantar
5. Klik Hantar Permohonan
6. Permohonan anda telah berjaya diterima
Senarai Bank Yang Terlibat Dengan Pembayaran BR1M
Contoh Surat Arahan Kemaskini BR1M (Pemohon Berdaftar)
SYARAT KELAYAKAN
1~Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
2~Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
3~Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
4~Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
Kemukakan Salinan:
MyKad bagi pemohon; dan MyKad / MyPR / MyKid / Sijil Lahir / Pasport bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2015 bagi kategori Bujang.