GRADUAN & BAKAL GRADUAN IPTA/IPTS ( DENGAN PENDIDIKAN / TANPA PENDIDIKAN ) DALAM KALANGAN ANAK WATAN SARAWAK YANG BERMINAT UNTUK BERKHIDMAT SEBAGAI GURU SEKOLAH RENDAH / MENENGAH DI SARAWAK.
Bagi mencapai PELAN TINDAKAN 90:10 PENGURUSAN PENEMPATAN DAN PERTUKARAN GURU SARAWAK, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak akan membuat tinjauan maklumat lepasan graduan atau bakal graduan yang berminat menjadi guru dalam kalangan anak watan Sarawak dari IPTA atau IPTS yang mempuanyai kelayakan ikhtisas atau tanpa kelayakan ikhtisas yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia(MQA). Tinjauan ini juga terbuka kepada anak watan Sarawak daripada universiti luar negara yang diitiraf MQA.
Pengisian Borang Maklumat Graduan
1. Isi borang maklumat graduan atas talian (online) di http://jpnsarawak.moe.gov.my/
2. Cetak borang yang telah dilengkapkan
3. Hantar borang berkenaan atas talian (online)
Salinan borang
Sesalinan borang yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak sebelum 13 Oktober 2015 yang beralamat :
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
Jalan Diplomatik Off, Jalan Bako,
93050 Petra Jaya, Kuching, Sarawak
(u.p. Sektor Pengurusan Sekolah)
Sertakan dengan :
1. IC
2. Sijil lahir
3. Salinan IC ibu bapa/waris
4.Salinan sijil akademik(ijazah & SPM)
5.Sijil ikhtisas
6. Surat pengiktirafan oleh Agensi Kelayakan Malaysia/MQA
*Salinan perlu disahkan
Boleh rujuk laman web : http://jpnsarawak.moe.gov.my/