Tak Tahan Dikritik Tunku Aminah Buat Tindakan MENGEJUTKAN!

@ 2015-10-02

Tak Tahan Dikritik Tunku Aminah NEKAD Buat Tindakan Yang MENGEJUTKAN!

SUSULAN komen negatif netizen kerana tidak memakai tudung, anakanda Sultan Johor, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah secara rasmi menutup akaun Instagram miliknya.

Tunku Aminah berkata, beliau tidak mahu individu yang tidak mengenalinya cepat membuat penilaian mengenai cara beliau berpakaian.

"Ini adalah antara saya dengan ALLAH.

"Saya percaya ini adalah keputusan terbaik yang pernah dibuat dan saya sedar menjadi perhatian bukan cara saya dan saya sangat gembira selepas menutup akaun itu awal bulan ini," katanya dipetik The Star.

Anak tunggal perempuan pasangan diraja Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar and Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Ibni Almarhum Sultan Idris Shah berkata, beliau berterima kasih kepada adiknya terutamanya Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris selepas mempertahankannya daripada kritikan negatif itu.

Sebelum ini, Tunku Idris mempertahankan kakaknya itu di laman sosial selepas mendapat kritikan kerana kerabat diraja itu tidak bertudung malah menurutnya, kakaknya itu akan memakai selendang ketika menghadiri upacara keagamaan.

Mengulas mengenai akaun Instagram, Tunku Aminah berkata, pada mulanya beliau mahu berkongsi pandangan dan buah fikirannya kepada orang ramai.

「Mula-mula saya memuat naik gambar kucing, tetapi orang mula memberikan komen buruk yang menyakitkan hati tentang saya kerana tidak memakai tudung.

「Perkara itu mula berterusan hingga saya merasakan mereka menceroboh ruang peribadi saya.

「Namun selepas menerima nasihat yang baik daripada ibu bapa yang risau tentang keselamatan dan kesejahteraan saya, keputusan diambil untuk menutup semua media sosial,」 katanya.


相关文章