Majlis kahwin di Jakarta: Beliau memang layak pakai Jet

@ 2015-09-22

Majlis kahwin di Jakarta: Beliau memang layak pakai Jet

PETALING JAYA: Majlis perkahwinan anak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berlangsung di Hotel Ritz Carlton di Jakarta pada Sabtu lalu memang sudah dirancang lebih awal.

Tarikh perkahwinan itu telah ditetapkan pada tarikh Ahmad Zahid melakukan lawatan kerja ke republik itu bagi menjimatkan masa.

Sumber yang rapat dengan Ahmad Zahid berkata, tidak timbul sebarang isu salah guna kuasa kerana pertembungan dua program penting itu telah dirancang dengan teliti lebih awal.

「Tidak dinafikan, Datuk Seri memang menaiki jet peribadi ketika pergi ke Indonesia. Tetapi, penggunaan jet itu adalah atas urusan rasmi negara dan ia adalah lawatan pertama beliau ke republik itu selepas dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri.

「Ini adalah urusan kerja dan bukan mahu mengambil kesempatan di atas peluang yang ada. Beliau telah berjumpa dengan beberapa pemimpin di republik itu termasuk Presiden Indonesia, Jokowi Widodo.

「Beliau menaiki jet peribadi bukan kerana majlis perkahwinan anaknya tetapi kerana lawatan ke rasmi ke Indonesia. Disebabkan itu beliau memang layak untuk menggunakan jet peribadi,」 katanya kepada Free Malaysia Today (FMT).

Baru-baru ini tersebar di media sosial terutama di blog-blog pro-pembangkang yang menimbulkan spekulasi kemungkinan Ahmad Zahid menggunakan harta kerajaan bagi mengadakan majlis perkahwinan anak lelakinya itu.

Gambar-gambar pada majlis berkenaan telah menjadi viral apabila ada pihak menyebarkan sejurus selepas majlis itu berlangsung.


相关文章