Perodua lancar varian Alza S & Myvi Premium XS 1.3 2015

@ 2015-09-20

Perodua hari ini melancarkan dua varian terbaru kenderaan keluarannya iaitu Perodua Alza S dan Perodua Myvi Premium XS. Kedua-dua model berkenaan tampil lebih bergaya dan sporty pada harga jualan yang boleh dikatakan kekal berpatutan dan mampu milik.

Perodua Alza S

Perodua Alza S merupakan varian terbaru yang menggantikan varian permulaan Standard, didatangkan dengan ciri-ciri yang lebih menarik dan sporty. Antara penambahbaikan yang dilakukan melalui model tersebut ialah kehadiran kit badan penuh, lampu kombinasi belakang kristal, panel meter baru, sistem audio dengan USB dan Bluetooth, roda stereng balutan kulit dengan suis audio, dan lampu kabus di bahagian bampar depan.

Ciri-ciri Perodua Alza S terbaru :

Front Skirting

Side Skirting

Rear Skirting

Rear Spoiler

Rear Combi with Clear Lens

Meter Panel with White Illumination

Audio with USB and Bluetooth

Steering Leather Wrap with Audio Switches

Front Fog Lamps

Perodua Alza S dilengkapi enjin 1.5 liter dengan pilihan transmisi sama ada manual lima kelajuan atau automatik empat kelajuan. Model tersebut boleh didapati dengan pilihan lima warna luaran iaitu Perak (Glittering Silver Metallic), Ungu (Mystical Purple Metallic), Hitam (Ebony Black Metallic), Putih (Ivory White Solid), dan akhir sekali ialah warna terbaru yang mendapat perhatian ramai iaitu Biru (Electric Blue Metallic).

Harga yang ditawarkan untuk Perodua Alza S terbaru ialah seperti berikut (Semenanjung Malaysia, harga OTR termasuk insuran) :

Perodua Alza 1.5 S Manual (Solid) : RM52,332.00

Perodua Alza 1.5 S Manual (Metalik) : RM52,832.00

Perodua Alza 1.5 S Automatik (Solid) : RM55,332.00

Perodua Alza 1.5 S Automatik (Metalik) : RM55,832.00

Perodua Myvi Premium XS

Perodua Myvi Premium XS merupakan varian tambahan terbaru, yang mana ianya diasaskan daripada varian Myvi Premium X. Myvi Premium XS didatangkan dengan kitb badan penuh daripada pakej Gear Up yang diperkenalkan oleh Perodua sebelum ini, termasuk kemasan dalaman dengan tema gelap yang lebih bergaya dan tempat duduk rekaan terbaru. Berikut ialah ciri-ciri Perodua Myvi Premium XS terbaru :

Gear Up Front Skirting

Gear Up Rear Skirting

Projector Headlamps with Guide Lights

Gear Up Side Skirting

Stylish Dark Interior

Finishing New Seat Design

Perodua Myvi Premium XS dikuasakan enjin 1.3 liter dengan padanan transmisi automatik sahaja, sama seperti yang ditawarkan melalui varian Myvi Premium X. Model berkenaan boleh didapati dengan pilihan lima warna luaran menarik iaitu Emas (Cosmic Gold Metallic), Oren (Ozzy Orange Metallic), Ungu (Mystical Purple Metallic), Perak (Glittering Silver Metallic) dan Putih (Ivory White Solid).

Perodua Myvi Premium XS ditawarkan pada harga sebanyak RM48,862.16 (Solid) dan RM49,262.15 (Metalik). Harga yang ditawarkan itu ialah untuk pasaran di Semenanjung Malaysia, harga OTR termasuk kos insuran. Kedua-dua model Alza S dan Myvi Premium XS terbaru didatangkan dengan tempoh jaminan selama 5 tahun.

Galeri Perodua Alza S

Galeri Perodua Myvi Premium XS


相关文章