Aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi murid-murid Tahun 6 tetap berjalan seperti biasa walaupun selepas peperiksaan UPSR. Taniah kepada SK Jelawat 2 yang telah berjaya menjalankan aktiviti-aktiviti yang begitu menarik pada tahun yang lepas. Aktiviti-aktiviti ini telah dirancang bagi memastikan murid-murid Tahun 6 mendapat pelbagai pengetahuan yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan. Diharapkan aktiviti- aktiviti yang dirancangkan ini dapat memberi rujukan kepada pihak sekolah yang lain untuk menjayakan program selepas UPSR di sekolah masing-masing.
Di antara aktiviti menarik yang telah memberi pengalaman bermakna bagi murid-murid Tahun 6 ialah seperti berikut:
1. Pendedahan Cara Penyembelihan Haiwan Mengikut Islam dan Aktiviti Memasak Berkumpulan
2. Pendedahan Cara Bertayammum
3. Aktiviti Kraftangan : Gubahan Tuala
4. Pendedahan Gaya Penampilan Diri : Cara Pemakaian Tudung Kepala
5. Gotong-Royong Bilik BOSS
6. Membuat Kad Kreatif
7. Panduan Solat Jenazah