Soalan UPSR BM dipercayai bocor lagi??? JANGAN BERGURAU...

@ 2015-09-12

Soalan UPSR dikatakan bocor lagi pada hari semalam... khabar-khabar didengar menerusi laman-laman facebook... betul ker?

Jangan tension sangat... rupa-rupanya ini adalah gurauan kerana"kebocoran kertas soalan tersebut adalah disebabkan terkena STAPLER"

Sila baca dengan teliti isi kandungan whatsapp ini....

didapati bahawa kebocoran soalan ini adalah gurauan sahaja daripada salah seorang guru besar...

Harap-harap tahun ini tidak kedengaran lagi berita-berita KEBOCAORAN SOALAN UPSR lagi...

Masih ingat lagi perkara-perkara yang tidak gembira ni pada tahun yang lepas???

Merenung balik perkara yang berlaku pada UPSR tahun lepas...

Berita Bocor Soalan UPSR 2014. Sah! Kertas Peperiksaan Sains, Bahasa Inggeris 「Dirogol」 Sindiket. Kertas Matematik Diambang?

Berita Bocor Soalan UPSR 2014. Sah! Kertas Peperiksaan Sains, Bahasa Inggeris 「Dirogol」 Sindiket. Kertas Matematik Diambang : Sepatutnya peperiksaan UPSR 2014 berakhir pada minggu ini bagi calon peperiksaan UPSR 2014 darjah 6, tetapi malangnya tidak berbau apabila soalan UPSR 2014 bocor sehingga memaksa Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuat keputusan peperiksaan UPSR 2014 bagi subjek Sains ditangguhkan sementara waktu….

Peperiksaan UPSR 2014 akan bersambung semula pada hujung bulan ini iaitu bermula 30 September 2014 selepas kertas soalan UPSR bocor di media sosial termasuk Whatapps, Facebook dan juga Twitter. Sudah jatuh ditimpa tangga, tidak cukup dengan bocor kertas soalan Sains UPSR 2014, kali ini kertas soalan Bahasa Inggeris UPSR 2014 turut tidak terlepas menjadi 「mangsa」 sindiket menjual soalan UPSR 2014.

Berita Soalan UPSR 2014 Bocor : Koleksi Kertas Soalan?

1. Kertas soalan Sains UPSR 2014 018, 028, 038 (disambung tarikh peperiksaan pada 30 September)

2. Kertas soalan Bahasa Inggeris UPSR 2014 1 dan 2 (belum ada keputusan tarikh lagi)

3. Berita Kertas soalan Matematik bocor masih dalam siasatan Kemnterian Pendidikan malaysia (KPM) dan Lembaga Peperiksaan malaysia (LPM)

Ikuti di atas Luahan Guru Besar SK Asli

Yang mengejutkan Berita Semasa, bukan sekadar bocor soalan UPSR 2014 malah skema jawapan turut tersebar luas di Internet

Berita Semasa berharap kumpulan dan individu yang terlibat dalam pembocoran kertas soalan UPSR 2014 dihadapkan muka pendalilan secepat mungkin supaya ia menjadi pengajaran ke semua termasuk yang sudah 「bercita-cita」 mahu buat duit dengan mahu bocor soalan SPM 2014 pula?

P/S : Sekadar hanya peperiksan UPSR 2014 pun mahu bocor soalan? Ermmm….

PP/S : Kasihan dengan nasib pelajar-pelajar darjah 6 tahun yang sudah melakukan persiapan rapi menjelang peperiksaan. Berita semasa doakan adik-adik diberikan kekuatan dan dipermudahkan urusan menjawab soalan UPSR 2014 Bahasa Inggeris, sains yang telah ditangguhkan sekarang ini. Insyaallah. Amin.


相关文章