Ramai yang dah tahu format ujian UPSR untuk 5 kertas ujian iaitu BM Pemahaman, BM Penulisan, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Mulai tahun 2009 pula, ada satu kertas ujian baru iaitu Ujian Aptitud. Ujian ini dijalankan pada hari terakhir ujian UPSR iaitu biasanya diadakan pada hari Khamis. Ujian ini dijalankan pada sebelah petang bermula (rujuk jadual peperiksaan UPSR sebenar untuk mengetahui jadual sebenar).
Apa itu Ujian Aptitud?
1. Sejenis ujian psikometrik (ujian yang mengukur trait psikologi seperti kebolehan am, potensi, personaliti)
2. Ujian yang mengukur potensi murid sekolah rendah untuk berjaya dalam pembelajaran yang akan dilaluinya di masa hadapan mengikut kebolehan, minat dan kecenderungan
3. Ujian yang mampu meramalkan kejayaan murid dalam program pembelajaran yang dirancang khusus untuk mereka
4. Satu alat pentaksiran alternatif yang boleh digunakan untuk tujuan pemilihan
Tujuan Ujian Aptitud:
Untuk mendapat data bagi tujuan pemilihan murid-murid yang layak memasuki program khusus pendidikan seperti SBP, Sekolah Sukan, Sekolah Seni, Sekolah Men Agama dan tujuan pemilihan yang lain.
Disebabkan ujian aptitud neh merupakan kertas soalan tertutup dan tidak dibenarkan dibawa keluar dari dewan peperiksaan, maka tidak ramai yang tahu bentuk soalan ujian neh. Masing-masing tertanya-tanya bentuk soalan.
Format Ujian:
Satu kertas ujian objektif aneka pilihan mengandungi tiga Bahagian dengan 61 item.
Masa menjawab - 90 minit, iaitu 1 jam 30 minit.
Tiga bahagian adalah seperti berikut:
a)Bahagian I : Kemahiran Berfikir (20 item)
b)Bahagian II: Kemahiran Menyelesaikan - Masalah dan Membuat Keputusan (20 item)
c)Bahagian III: Minat, Kecenderungan (20 item) Kesediaan (1 item)
Contoh-contoh soalan:
1. Pilih huruf yang sesuai untuk mengisi tempat kosong bertanda ( ) bagi urutan berikut:
H, K, N, Q, ( )
A. P
B. R
C. S
D. T
2. Jika Siang :: Malam maka Panjang ::
A. Bulat
B. Kurus
C. Pendek
D. Rendah
3. Apakah gambar seterusnya?
4. Apakah gambar seterusnya?
5. Empat beradik Along, Angah, Uda dan Ucu membahagikan wang sebanyak RM1000 seperti berikut:
Along mendapat sebanyak jumlah wang Uda dan Ucu. Jika Angah mendapat RM400, berapakah wang yang diterima Along?
A. RM150
B. RM200
C. RM300
D. RM600
6. Antara berikut, apakah yang paling anda minati?
A Menyanyi
B Memanah
C Mengaji
D Membaca
7. Antara berikut, yang manakah pilihan anda untuk bersekolah di Tingkatan Satu?
A Tinggal di rumah dan bersekolah di sekolah berhampiran rumah anda
B Tinggal di asrama yang tidak berapa jauh daripada rumah anda
C Tinggal di asrama yang jauh daripada rumah anda
D Tinggal dan bersekolah di mana-mana sahaja