巫統鼠蛇一窩!! 是的,我的確收了首相100萬令吉的支票,我不認為這有什麼錯!

@ 2015-08-18

【是的,我的確收了首相100萬令吉的支票,我不認為這有什麼錯!】

國陣后座議員俱樂部主席丹斯里沙里爾在回應【砂拉越報告】點名他收受納吉100萬支票紅包的報導時,直認不諱。

他說,巫統黨員接受黨主席贈送現金是很平常的事,他看不出這有什麼問題。

對咯。納吉收受神秘人物捐款26億,這麼大數目的贓款都沒事,沙里爾只不過拿到區區100萬,還不夠塞牙縫呢!怎會有錯。。。

在是非顛倒、法律被肆意玩弄踐踏的馬來西亞,犯法還是合法,不是看法律條文,而是巫統貪官們說了算的。很無奈?又能怎樣?

Terima RM1 juta daripada Najib perkara biasa, kata BNBBC

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad mempertahankan dirinya yang didakwa menerima wang RM1 juta daripada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak seperti didedahkan laporan Sarawak Report dengan menegaskan, ia perkara normal.

Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata beliau tidak teragak-agak untuk bekerjasama dengan menjelaskan dalam siasatan bagaimana wang tersebut digunakan sekiranya diminta berbuat demikian.

"Siapa yang patut saya minta untuk mendapatkan bantuan kewangan untuk menguruskan bahagian saya, jika tidak daripada parti presiden sendiri," katanya seperti dilaporkan portal BNBBC.

Shahrir berkata menerima bantuan daripada presiden Umno merangkap perdana menteri untuk mana-mana bahagian adalah perkara biasa, terutamanya sekiranya bahagian tersebut kekurangan dana.

Sarawak Report pada Sabtu lalu mendakwa Najib menyalurkan dana daripada akaun kewangannya kepada beberapa pemimpin Umno.

Selain beliau, yang didakwa menerima dana daripada presiden Umno ialah Ahli Parlimen Pontian Datuk Ahmad Maslan dan Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin, yang juga Ketua Pu¬teri Umno.

Portal tersebut mendedahkan dana tersebut disalurkan dalam akaun Tenure Finance Corporation (BVI) di Falcon Bank di Singapura pada hari sama perdana menteri menutup akaunnya di Amprivate Bank pada 30 Ogos 2013.

Sarawak Report berkata, dana itu disalurkan daripada syarikat sama yang menyalurkan AS$681 juta ke dalam akuan peribadi Najib pada awal Mac 2013. – 17 Ogos, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/terima-rm1-juta-daripada-najib-perkara-biasa-kata-bnbbc#sthash.gnZ17sub.dpuf


相关文章