被所有大馬人遺忘的偉人-前副首相 慕尤丁 父親 Muhammad Yassin bin Muhammad

@ 2015-08-06

文:james wong翻譯 // 沒經過作者准許 不得轉載

慕尤丁是我們的前任副首相兼前教育部長,在他被卸下期間許多人仍然不知道前副首相丹斯里慕尤丁今天的家庭淵源。因此,小編藉此在這裡短暫介紹認這位為慕尤丁識鋪路讓他得以從政的父親 Tuan Guru Haji Muhammad Yassin bin Muhammad。

Tuan Guru Haji Muhammad Yassin bin Muhammad 生前照片

丹斯里慕尤丁的父親是一位麻坡當地著名的穆斯林宗教師 "ULAMA"。他的全名是以上所提到的叫做Tuan Guru Haji Muhammad Yassin bin Muhammad。

Tuan Guru Haji Muhammad Yassin bin Muhammad在公元1902年出身在 Siak,蘇門答臘。73歲在老家麻坡柔佛過世。

父親是為稱職熱愛穆斯林教義的宗教師,生前在在麻坡多間清真寺給穆斯林信徒們教誨。包括在Masjid Jamek Muar, Masjid Parit Jamil, Masjid Seri Menanti, Masjid Bukit Gambir, Masjid Bukit Kangkar dan Masjid Sungei Mati Muar等地區都是一位耳熟能詳的宗教師。

Versi Bahasa Melayu:

KENALI AYAH TAN SRI MUHYHIDDIN YASSIN YANG RAMAI BELUM KETAHUI

Ramai yang masih belum mengetahui asal usul keluarga bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ini. Justeru, kami kongsi informasi menarik yang tidak anda sangka-sangkakan sebelum ini.

Ayah Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah seorang ULAMA tersohor yang menetap di Muar. Nama lengkapnya ialah Tuan Guru Haji Muhammad Yassin bin Muhammad.

Diriwayatkan beliau berasal dari Siak, Sumatera. Tuan Guru Haji Muhammad Yassin lahir pada tahun 1902 Masehi dan meninggal dunia ketika berusia 73 tahun di Muar, Johor.

Tuan Guru Haji Muhammad Yassin adalah seorang pendakwah dan guru yang sangat gigih. Beliau banyak mengajar di daerah Muar seperti di Masjid Jamek Muar, Masjid Parit Jamil, Masjid Seri Menanti, Masjid Bukit Gambir, Masjid Bukit Kangkar dan Masjid Sungei Mati Muar.

Adakalanya, beliau mengajar sampai ke Chohong Melaka yang merupakan sempadan antara Melaka dan Muar.

Tuan Guru Haji Muhammad Yassin bin Muhammad Pengajaran beliau kebanyakannya tertumpu kepada kitab-kitab Tasawwuf dan Ilmu Tauhid. Tuan Guru Haji Muhammad Yassin menadah kitab kepada ulama besar Muar satu ketika dahulu iaitu Tuan Guru Haji Abu Bakar bin Haji Hasan al-Muari bin Haji Ahmad bin Anggak bin Datuk Sijo Bukit Moh, Muar Bandar Maharani, Johor.

Allahyarham Tuan Guru Haji Muhammad Yassin

Beliau dikatakan telah berhasil mengkhatamkan beberapa kitab terkenal di Alam Melayu dibawah pengawasan gurunya itu. Antara kitab yang berjaya dikhatam dihadapan gurunya itu ialah Faridatul Faraid karangan masyaikh gurunya iaitu Syeikh Ahmad al-Fathani yang sangat terkenal di Alam Melayu pada abad ke-19 Masehi.

Gurunya iaitu Tuan Guru Haji Abu Bakar inilah yang banyak mempengaruhi corak pemikiran beliau.

Pandangan beliau terhadap gurunya seperti yang dicatatkan oleh almarhum al-Ustaz Haji Wan Mohd Saghir Abdullah diungkapkan seperti berikut,

"Ketika aku akan belajar ilmu kemegahan dunia di Sumatera, setelah diketahui oleh Abu Bakar Alim, aku lalu dinasihatinya supaya belajar kepada beliau sahaja. Sekiranya aku melanggar nasihat beliau, mungkin aku menjadi seorang yang jahat.''


相关文章