KUALA LUMPUR 14 Dis. – Permohonan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) bagi tahun depan dibuka mulai esok sehingga 15 Februari 2018.
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohd. Sadique berkata, orang ramai boleh membuat permohonan tersebut dalam talian iaitu sprn.kpkt.gov.my.
Beliau berkata, MyDeposit merupakan produk khusus yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi membantu golongan pertengahan (M40) memiliki rumah pertama.
「Kerajaan juga memperuntukkan RM25 juta bagi meneruskan pelaksanaan Skim MyDeposit pada tahun depan.
「Skim MyDeposit ini merupakan pembelian rumah di bawah projek perumahan swasta yang tidak mendapat sebarang dana, subsidi atau insentif daripada mana-mana pihak,」 katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Abidullah Sallehmengenai Skim MyDeposit dalam sesi soal jawab di Dewan Negara, hari ini.
Halimah berkata, skim yang dilancarkan pada 6 April tahun lalu itu bertujuan meningkatkan keupayaan pemilikan rumah pertama yang berharga bawah RM500,000 kepada mereka berusia 21 tahun ke atas dengan pendapatan antara RM3,000 hingga RM15,000 sebulan.