最慘痛的教訓!一個永遠回不來的逃家孩子:那個發生慘劇的淩晨,他瞞著父母爬出窗外參與蚊子腳車飆車黨活動,當場慘死,從此踏上不歸路。
文:張丹楓
肝腸寸斷的母親哭泣著說:《我不能怪罪任何人,我的兒子自己有錯,我也有責任,是我疏忽管教孩子。他永遠離開我了,再也回不來了。》
34歲的母親海麗娜,今天住進了醫院準備生產;但是她說,我很痛心,他(指車禍死亡的14歲兒子莫哈默哈利伊斯干達)沒有機會看到見到降生的弟弟了。
莫哈默哈利伊斯干達是星期六淩晨三點發生在新山公路上的車禍慘劇中,8名死者其中之一。
事發之前,莫哈默哈利趁著家人已經入睡,午夜時分將房門深鎖,開著風扇後,悄無聲息的打開窗口攀爬出去,騎乘他改裝了的蚊子腳車BicycleNyamuk,到距離住家30分鐘車程的Jalan Lingkaran Dalam與腳車黨夥伴會合,準備在高速大道上飆車。
母親海麗娜清早接近6點時前往敲門打算叫醒莫哈默哈利,進行清晨禱告;卻沒有反應,她打開房門發現房內根本沒人,而窗口卻打開著。
當時盛怒的海麗娜打算等兒子回來要好好教訓,卻聽到鄰居說大道腳車黨出事了,有人被車撞死了。她當時第一個反應就是:該不會是他吧???
結果當接獲消息,兒子已經當場死亡後,她崩潰了。。。
Ibu tak tau 『budak basikal』 lompat tingkap
JOHOR BAHRU: Tingkap biliknya kecil dan berpalang, tetapiMuhammad Harith Iskandar Abdullah tetap berjaya curi-curi keluarmalam, memperdaya ibunya dengan memasang kipas dan mengunci pintubilik, untuk menyertai geng basikalnya di Jalan Lingkaran Dalam, disini, awal pagi semalam.
Dan malangnya, pelajar Sekolah Islam At-Tahfiz Pasir Gudangberusia 14 tahun itu, maut bersama 7 lagi rakannya apabila basikalmereka dirempuh sebuah kereta dari arah belakang dalam kejadian jam3 pagi semalam.
Ibunya, Hairena Kamisan, 34, yang sarat mengandung terkejutapabila mendapati bilik Harith kosong ketika dia mahu mengejutnyabangun solat Subuh, jam 6 pagi semalam.
「Saya mula nak marah ketika tunggu dia balik. Tetapi bila dengarada jiran cakap kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam itu, hati sayamula risau, saya memang kuat katakan dia terlibat.
「Apabila pergi ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) pagi itu, danperiksa di bilik mayat memang anak saya sudah meninggal dunia,」katanya menangis ketika ditemu bual FMT di rumahnya di Kampung DatoHajjah Hasnah Ahmad di sini.
Jenazah Harith selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kebun Tehjam 5 petang semalam.
Hairena berkata dia tidak tahu Harith keluar rumah keranabiasanya bila dikejut bangun Subuh, anak sulungnya itu akan membukapintu bilik.
「Apabila saya buka biliknya dan lihat tingkap bahagian atassudah terbuka, saya agak dia keluar ikut tingkap kerana biliknyaberkunci dan kipas terbuka,」 katanya.
Dalam kejadian berhampiran Tanah Perkuburan Mahmoodiah, sebuahkereta merempuh sekumpulan 30 penunggang basikal berumur antara 13dan 17 tahun yang dipercayai menghalang jalan itu dansekitarnya.
Hairena berkata beberapa hari lalu, Harith memberitahunya diatidak akan sempat melihat adiknya yang dijangka dilahirkan bulanini.
「Saya kata kenapa? Saya pun sudah lewat bersalin sebab bayibelum mahu keluar lagi. Jadi semalam dia pergi dan hari ini sayamasuk hospital untuk bersalin.
「Bila saya teringat apa dia cakap, baru saya faham maksud diatidak dapat lihat adiknya,」 katanya.
Beliau berkata Harith ialah anak angkatnya, dipelihara sejakkecil dan oleh sebab bimbang dia terpengaruh dengan rakan sebayayang tidak elok perangai, Harith dihantar belajar agama di sekolahberasrama.
「Apabila saya beritahu cikgunya yang anak saya meninggal, guruterkejut kerana di sekolah dia seorang yang rajin dan sudahmenghafal pelbagai surah seperti Yassin dan Al-Kahfi.
「Harith mungkin mudah terpengaruh, tetapi dia tidak nakal, takmelawan cakap dan tak kurang ajar. Saya akan terasa kehilangannya,apatah lagi dia jenis yang suka mengusik 3 adiknya di rumah,」katanya.
Hairena berkata dia tidak menjangka tindakan Harith seperti itu,mungkin kerana pemikiran anak zaman ini berbeza dari dulu.
「Saya tidak mahu salahkan mana-mana pihak sebab kita dah didikanak kita. Kita tidak boleh agak pemikiran dan pergaulan mereka.Nampak baik depan kita, belakang kita tidak tahu,」 katanya.
Sementara itu, rakan sekampung Harith, Abdul Rahman OthamnLudin, 18, berkata jarak kampungnya ke kawasan kemalangan tidakjauh dan hanya mengambil masa 30 minit dengan menunggangbasikal.
「Kali terakhir saya jumpa Harith jam 11 malam Jumaat, dia hanyasenyum dan menunjukkan baju Osaka yang dipakainya,」 katanya.