新山9月24日(星期六),16條道路封路,柔佛足球隊遊行

@ 2016-09-23

根據馬來媒體報道,新山將在這個星期六大封路,一個16條道路受影響,希望大家留意 !

原文:

JOHOR BAHRU - Beberapa jalan utama di sekitar bandar raya ini akan ditutup secara berperingkat pada Sabtu ini bagi memberi laluan kepada perarakan meraikan kejayaan pasukan bola sepak, Johor Darul Ta'zim (JDT) menjulang kejuaraan Liga Super Malaysia, musim ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Sulaiman Salleh dalam kenyataan di sini berkata perarakan itu akan bermula di Stadium Tan Sri Hassan Yunos dan berakhir di Dataran Bandaraya Johor Bahru.

Sehubungan itu, sebanyak 16 jalan akan ditutup dari pukul 7.30 pagi hingga 9.30 malam mulai Sabtu ini.

Ia meliputi Jalan Bomba Larkin ke Jalan Dato Jaafar, JPJ Lama-Jalan Kebun Teh Lama, Danga City Mall-Jalan Tun Razak, City Square-Jalan Tun Razak, Jalan Wong Ah Fook, Tropical Inn-Jalan Gereja, Jalan Trus, Kotaraya-Jalan Trus, Jalan Ibrahim, Jalan Tun Dr Ismail, Lot 1, Hospital Sultanah Aminah (HSA)-Jalan Pantai Lido, Gerbang Istana Bukit Serene-Jalan Skudai, Dataran Bandaraya, KFC-Jalan Sungai Chat serta Dataran Bandaraya Johor Bahru.

Sulaiman berkata pada kemuncak perarakan itu pula iaitu dari pukul 9.30 malam hingga 3 pagi Ahad ini, lima lagi jalan utama akan ditutup, merangkumi Jalan Skudai (Pantai Lido)-Dataran Bandaraya, Jalan Sungai Chat-KFC, Jalan Datuk-Dataran Bandaraya Johor Bahru, Jalan Thompson dan Jalan Lingkaran Dalam.

Sebagai alternatif, pengguna jalan raya yang dari Singapura dinasihatkan agar menggunakan laluan Singapura-Lingkaran Dalam-Jalan Pasir Pelangi; Singapura-Kota Tinggi-Kuala Lumpur-Lebuhraya Penyuraian Timur Johor Bahru (EDL) serta Singapura-Jalan Lingkaran Dalam-Jalan Yahya Awal-Jalan Ibrahim.

Pengguna menghala ke HSA, diminta melalui laluan arah Skudai-Jalan Tun Razak-Jalan Lingkaran Dalam-Jalan Yahya Awal-Jalan Mahmoodiah, manakala pengguna dari Kota Tinggi boleh mengambil arah ke EDL-Susur Jalan Abu Bakar-Jalan Lingkaran Dalam.

Beliau juga menasihatkan orang ramai agar menjaga tata tertib termasuk tidak membawa senjata tajam atau peralatan yang berbahaya serta terlarang ketika perarakan bagi mengelak timbulnya kekacauan dan kekecohan. - Bernama


相关文章