Ada cara paling mudah download video di youtube tanpa perlu install sebarang software ataupun aplikasi.
Jom ikuti tutorial simple ini.
Cara Download Video Di Youtube Tanpa Software
1. Cari dahulu video yang hendak di download daripada laman youtube.
2. Buka link video yang hendak di download di browser samada mozilla, google chrome atau internet explorer dan edit url youtube tersebut dengan menambah huruf SS di sebelum perkataan youtube.
3. URL di atas masih belum ditambah "SS" di depan perkataan youtube. Lihat gambar di bawah ini di mana perkataan "SS" dimasukkan.
4. Setelah memasukkan perkataan "ss", tekan ENTER.
Link video tadi akan dibawa ke laman yang lain sebagaimana gambar di bawah. Tunggu hingga muncul paparan download seperti dalam gambar dibawah;
Langkah seterusnya ialah pilih format video yang anda anda inginkan. Pemilihan format berada di sebelah kanan. Setelah pilih format, video akan memulakan download secara automatik.
Setelah siap, cari lokasi file tersebut dan sedia untuk digunakan.
Sekian sahaja cara mendownload video di youtube tanpa menggunakan software. Semoga bermanfaat. Like and Share...