Usia 55 Tahun Bersara Wajib Lebih Ideal
Susulan kenyataan CUEPACS mencadangkan 62 tahun umur wajib bersara dalam penjawat awam telah mendapat respon sebaliknya daripada netizen di Sarawak. Rata-rata mereka tidak bersetuju langkah cadangan 62 tahun wajib bersara kerana terdapat kesan yang kurang baik kepada generasi muda yang ingin menjawat jawatan sebagai penjawat awam.
Seperti yang diketahui, pendapat mereka lebih menjurus kepada nasib golongan muda yang meningkatkan tahap pengangguran setiap tahun. Inilah faktor penyebab mereka tidak bersetuju dengan cadangan CUEPACS. Mereka berpendapat 55 tahun adalah umur yang ideal untuk bersara.
Menurut Geoffryson Van Adam, para graduan di Sarawak semakin meningkat dan mereka ini sepatutnya diberi peluang untuk menjawat sebagai penjawat awam pada peringkat awal. Beri peluang kepada graduasi yang layak ini untuk bekerja dan tahap pengangguran diperingkat yang berpendidikan tinggi mampu dikurangkan.
Mengikut pandangan pesara Zamiran Ujang yang telah merasai bersara pada umur 55 tahun menyatakan bahawa ramai lagi yang masih menganggur sekarang dan layak bekerja sebagai penjawat awam dan kasihan kepada mereka yang telah menempuhi alam pembelajaran serta mengharap diserap sebagai penjawat awam. Jika umur 62 tahun dipersetujui maka masalah pengangguran memburukkan lagi keadaan.
Pendapat Ehsan Datuk Pata pula, daripada melanjutkan umur 62 bersara lebih baik melihat potensi penjawat awam yang diberi kontrek. Mereka ini lebih layak untuk diserap kepada jawatan tetap bagi menggantikan yang berumur 55 tahun bersara dan 62 tahun cadangan bersara adalah tidak membantu kepada peningkatan produktiviti penjawat awam.
Pandangan seorang netizen bernama Pak Busrah bersetuju hanya umur 55 tahun bersara memandangkan umur 55 tahun adalah umur untuk membuat kerja baru seperti menceburi bidang perniagaan dan membuat amal ibadat.
Hakikatnya memang ramai yang tidak bersetuju cadangan 62 tahun wajib bersara kerana kesannya memang tidak baik untuk golongan muda. Pada umur 55 tahun memang ideal kerana peluang pesara untuk berkhidmat kepada masyarakat lebih banyak masa dengan menyertai persatuan, JKKK kampung dan sebagainya. Malah yang beragama Islam lebih banyak beramal ibadah dan 55 tahun juga umur yang bertenaga untuk mengerjakan HAJI.
Bagi yang bukan beragama Islam akan lebih menumpukan kerja amal kemasyarakatan. Berniaga dan perkara yang berfaedah untuk perpaduan dan kesepakatan kaum dan agama. Perkara tersebut akan membentuk sebuah negara yang berharmoni kerana pesara yang berumur 55 tahun lebih aktif melakukan pembentukan sosial yang positif demi keharmonian sebuah negara.-Sarawakiana
E