Ustaz Ni Memang Takde 『Kesedaran Sivik』 Ke?

@ 2016-07-08

Ustaz Ni Memang Takde 『Kesedaran Sivik』 Ke?

,18:13 | 1 Comment

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Mohon pembaca untuk mengerti.. istilah 「Kesedaran Fizik」 yang saya gunakan dalam title diatas tidak ada kena mengena dengan subjek or matapelajaran yang korang pernah belajar masa sekolah dulu hokeyy.. Dahtu? Apa yang kau maksudkan dengan 「Kesedaran Fizik」 tu??Haaa… nak tau? Jom baca kisah aku yang menarik tertarik tebabommm niii..Ni kisah benar tauww.. jangan pulak mengade nak cakap aku reka cerita untuk memalukan golongan pak ostad-pak ostad sekalian..Petang tu aku pergi library dengan kengkawan sebab nak siapkan assignment . lepas kelas habis pukul 4, kitorang terus pecut ke library, sebab esaimen tu memang kitorang cadang kalau boleh nak hanta hari tu jugak..Sampai je kat library, macam biaselah, sebab laptop kawan aku sorang je yang bawak, so yang the others menumpang nengok je la dari tepi. Aku amik inisiatif sendiri. Cari maklumat dalam internet guna henfon. Dah habis cari maklumat tu, aku pun layan la FB dengan blog sekali. Hahahahaaa.. sebab time tu kitorang dah dapat sume meklumat dah.. tinggal nak pilih point-point penting jerr.Tetibe tengah aku syok blogging, datang sorang akak ni ke meja kitorang. Pakai purdah. So, aku takleh nak describe la muka dia time tu macamana. Muka nak nanges ke, muke desperate ke, muka bahagia ke… So, dia datang dan tegur kitorang, 「Assalamalaikum..」Eh, sorry kak. Saya taknak beli roti ke sosej ke sandwich ke.. Ko ni kan… bila masa pulak aku cakap akak tu jual makanan.. aku ketuk kepala lutut ko baru tahu! Kfine. Dahtu kalau tak jual makanan , akak ni nak apa??「Busy tak?」 akak tu tanya kitorang, or lebih tepat, tanya aku! Sebab? Ye lah.. sebab nampak cam aku tak buat keje je duk layan henfon. Oii .. oiitt.. cantikk sikit ehh.. aku dah siapkan aku punya part semalam. Jenuh aku berjaga malam. Diorang-diorang ni hah yang belum siap part diorang lagi. Tu yang kalut nak pi library nih..Jadi, disebabkan aku memang tak busy pun, so aku cakap la tak.. 3 orang lagi kawan aku kan macam tengah mengerumuni laptop tu masa tu.. So, akak tu pun sambung lagi, 「nak mintak tolong ni… sebenarnya akak ada janji dengan kawan akak nak jumpa sorang ustaz ni kat sini.. tapi kawan akak tu tak sampai-sampai lagi..」 (masa ni sebenarnya aku lupe akak tu bahasakan diri dia sebagai apa .. maybe 「saya」 kot.. sebab masa tu kitorang tak berkenalan lagi.. so, aku buat kesimpulan sendiri lah ye.. sebab hakikatnya, memang die tu pangkat 「kakak」 dengan aku…)Oookeyyyy.. fahaammm… so…?「Kalau boleh nak mintak tolong temankan akak pegi jumpe ustaz tu…」 Aku pun masa tu faham la.. sesetengah ustaz ni kadang-kadang susah nak jumpe. Tambah-tambah kalau pangkat doktor ke.. prof ke.. kena buat temujanji bagai lahh.. so, aku pun volunteer lah pi temankan akak tu. Especially sebab sepanjang akak tu bercakap, dia macam pandang ke arah aku lebih banyak. So aku macam terasa la.. maybe sebab dia nampak aku tengah main fon kot..On the way nak pi ke tempat ustaz tu menunggu akak tu, kitorang pun berkenalan lah.. akak tu degree rupanya.. katanya dia nak mintak tunjuk ajar ustaz tu untuk buat thesis .. desperate sangat katanya.. kawan dia pulak tak datang-datang. Dia taknak la buat ustaz tu tunggu lama kann.. So, akhirnya, kitorang sampai ke tempat yang dituju. Kat mana? Of kos le dalam library… ko ni kann.. hahaa.. tapi di suatu sudut yang bagi aku agak terpencil.. ke.. memang terpencil pun? Iaitu ruang menonton TV kat library tu.. tapii.. dah nama pun library cik kak oii.. sudah semestinya kebanyakan manusia-manusia kat situ nak buat keje.. nak cari buku rujukan.. bukannya nak datang tengok TV. Dan masa tu memang ruang tengok TV tu kosong.. takde manusia lainn.. kecuali ustaz tu yang tengah tidur dalam keadaan duduk atas sofa kat situ sambil letak kopiah atas muka. Amboihh gaya macam baru lepas pegi perang ..Aku dan akak tu masuk ke ruangan tu dengan slow-slow. Akak tu pun macam 『ehh ustaz ni.. boleh dia tidur pulak kat sini..』 Aku lagi lahh.. 『ehh? Dia ni ke ustaz yang dimaksudkan tu? Dia ni ke ustaz yang akak tu nak jumpe tadi? Aku tengok gaya macam……』 「Assalamualaikum ..」 akak tu bagi salam kat ustaz tu. Humm..Nasib baikkk.... kalau aku sambung ayat aku yang kat atas tadi, kan ke huru hara jadiknye… hahahaa..Ustaz tu pun bangun sambil baiki kopiah dia letak atas kepala. Ok. Step pertama dah settle. Aku pun tanya la akak tu samada nak suruh aku duduk kat sofa yang berdekatan dengan diorang or kat sofa yang jauh sikit tu. Takde la jauh sangat, ada la dalam 2,3 langkah je.. akak tu pun cakap sukati aku la..So, aku ape lagi. Terus pegi kat sofa yang jauh sikit dari tempat diorang nak disscuss tu. Seram oii nak mengadap ustaz tu.. masa tu baru aku paham, kenapa akak tu sanggup nak mintak pertolongan aku untuk temankan dia jumpe ustaz tu… Sebab ustaz tu muda lagi.. umur kalau berdasarkan pemerhatian aku, .. umm.. 31 kebawah kot… rupa pun ade .. nak kata hensem tu taklah kott… entah. Aku ni jenis susah nak ingat muka orang.. memang aku tak ingat pun muka ustaz tu, .. tengok muke dia pun 15 saat je.Kalau aku sendiri yang jadi akak tu, aku pun takut nak pi jumpe ustaz tu sorang-sorang. Tambah-tambah lagi, ustaz tu duduk kat hujung-hujung penjuru library. Tempat yang takde manusia. Hummm… aku pun pelikk.. tak bolehke pindah tempat lain? Bukannya kat situ ada apa-apa peralatan untuk bantu buat thesis tu pun….So, sambung balik, lepas aku duduk tu, aku teruskan la aktiviti blogging aku yang tergendala tadi. .. aku malas nak cerita bab ustaz tu tegur aku pe sume tu… so, blogging punye blogging, lastly aku wassep geng aku yang tengah duk buat esaimen tadi tu.. tanya diorang , dah siap ke esaimen tu? Pastu sorang kawan aku tu call , cakap esaimen dah siap.. nak balik dah ni….. aku pun mestilah nak balik jugakk.. takkan nak suruh diorang tinggal aku kat sini kottt… and aku sendiri perut dah lapar.. dari pagi sampai petang ni tak sentuh nasik lagii.. pastu diorang-diorang nak balik semayang asar lagi.. aahh… takleh pikir dah aku. So, aku terus bangun dan pegi ke arah akak dan ustaz tu… 「akak, kawan akak tak datang lagi, ke?」 aku tanya . ye lahh.. kawan die tu punnn .. dah janji, kenapa tak datang-datang lagi..? jenuh aku menunggu..oii.Masa tu kawan aku yang call tadi tu dah datang situ, untuk nak jemput aku la kononnya.. nanti takde lah nampak macam aku sorang je nak balik..lepas akak tu geleng kepala, aku pun sambung lagi 「kite dah nak balik dah ni…」 (erk.. teruk sangat ke nampak kalau aku bahasakan diri aku dengan 「kite」 masa cakap dengan akak tu?? Aku ni dah la orang kelantan.. tengah-tengah neves macam tu. .. main bantai je la istilah ape ade dalam kepala..)masa aku cakap aku dah nak balik tu, entahh… aku tak reti nak cakap macam mana.. tapi aku nampak macam akak tu terkaku la jugak sekejap. Maybe gelabah kot sebab memikirkan yang aku akan tinggalkan dia berdua-duaan dengan ustaz tu… entah. Aku ni jenis susah sikit nak baca mata orang. Kalau nampak muka takpe jugakk.. tapi bila aku tengok ustaz tu, selamba badak je dia boleh main laptop lagi. Bukan dia tak tahu yang akak sengaja ajak aku teman dia sebab dia taknak jumpe ustaz tu sorang-sorang. Aku pun terasa serba salah nak tinggalkan akak tu.. so, aku tanya balik. 「Takpe, ke???」 dengan makna tersirat supaya ustaz tu paham bahawa aku nak diorang pi buat perjumpaan kat tempat lain… Then, akak tu pun angguk-angguk je kat aku.. well, then I guess takpe kottt… Tapi at the time akak tu angguk pun, aku nampak mata dia macam paksa rela je.. ye lah.. kitorang cakap tu dah la depan-depan ustaz tu. Kalau cakap private, mesti aku dah tanya akak tu samada nak suruh aku carikan orang lain kee untuk temankan dia. Entah la weyy.. aku sendiri susah nak baca mata orang nii… stres dibuatnyaa..Lepas tu, aku terus pusing dan jalan ke arah kawan aku yang tengah tunggu berhampiran tempat tengok TV tu.. gile lama aku buat mesyuarat tingkap kat situ tawww.. aku cam nak suruh kawan aku la pi tanya akak tu, nak suruh kitorang carikan orang lain ke macamana.. takpun aku ingat nak suruh je kawan aku tu sound sikit ustaz tu… dah taw kitorang nak tinggalkan diorang berdua-duaan, at least bangunlah and cakap.. 「ohh.. awak dah nak balik ye? Takpelah.. balik je. Takpe, nanti saya dengan dia (akak tu) pegi disscuss kat tempat lainn..」 haaa… tu barulah nampak gaya lelaki soleh melayu terakhir………. Ini tidakk.. dengan muka tenang macam takde pape yang berlaku, boleh je dia duduk main laptop kat situ.Aku pun taknak su』uzhon sebenarnya.. tapi series ahh.. nasib baik aku tak ingat muka ustaz tu macamana wey.. kalau aku ingat, pastu kalau aku terjumpa dia balik tengah jalan, mesti aku dah piat-piattt telinga dia tu!! Hishh.. geram betol akuu..Even aku tak lalui apa yang akak tu lalui ,, tapi… sepanjang perjalanan aku nak ke cafe sampailah aku dah naik bilik, aku tak habis-habis pikir pasal diorang tauu.. membebankan fikiran aku sungguh!! Aku terpikir.. betol ke tindakan aku tu? Takpe ke aku tinggalkan diorang berdua-duaan macam tu? Memang la tempat awam.. tapi kalau dah sekeliling tu takde manusia, .. lain la suasananya kannn.. and .. soalan yang selalu bermain di fikiran aku sejak peristiwa tu… 「salah aku ke??」 「salah aku ke, tinggalkan diorang kat situ?」 「salah aku ke sebab tak carikan orang lain untuk temankan akak tu?」 「salah aku kerr sebab tak tumbuk muka ustaz tuuu!!?」 ha, okey. Soalan yang terakhir tu aku gurau je. Thehehee..and that’s why sampai keesokan harinya pun aku still pikir pasal diorang.. haha.. over takk? Aku memang jenis macam tuu.. sampaikan lepas kejadian tu, aku pi library , and bila aku ternampak sorang akak yang pakai purdah macam akak tu, aku tenung dia lama-lama.. aku terpikir.. akak ni ke yang hari tuu?? Aku jadi terpikir.. kalau lah aku jumpe balik dengan akak tu, aku taktau nak react macamana. Aku taktau samada akak tu marahkan aku atau takk… aku jadi segan.. aku takut akaka tu nanti pikir.. 「haa.. budak ni lah.. budak ni lah yang tinggalkan aku hari tu,..」 huahuahuaa.. over tak tahap pemikiran aku???So, pengajaran kepada kisah hidup aku yang panjang lebar ni???Firstly, kepada pak ostad-pak ostad diluar sana.. toloonglahh jaga nama baik anda.. jangan disebabkan anda sorang je.. orang sekeliling (contohnya aku. Hihi) akan berfikiran negatif pada golongan agamawan ni.. ye lahh.. kalau dipikirkan balik.. bukan salah aku sepenuhnya. Bukan aku sengaja nak tinggalkan akak tu. .. tapi ustaz tu pun satu hal. Dah kalau namanya pun ustaz, patutnya dia lebih arif dan faham tentang isu ikhtilat antara lelaki dan perempuan niii.. takkan nak harapkan aku bagi ceramah depan dia dulu, baru nak pegi pindah ke tempat lain, kot??Secondly, jangan berpikiran negatif kepada orang lain..haa.. ni nasihat untuk diri aku sebenarnya.. aku pun takleh nak buat ape dahh.. hati aku ni fikiran aku ni… dah set yang aku akan bag backhand kat ustaz tu kalau jumpe die depan mata aku nantii..Hish… tak baik betul ko ni aisyahh… bawak-bawak le bersabar.. cuba bersangka baik sikit kat ustaz tuuu..Aku nak bersangka baik dari sudut mana weh?? Dari segi apa?? Aku dah puas cari dan korek.. tapi tak jumpe jugak sebab yang kukuh untuk ustaz tu disscuss dengan akak tu kat situ! Apa ustaz tu ade sakit belakang yang kronik ke sampai takleh duduk kat tempat lain selain sofa tu? Atau mungkin kakinya tempang sampai susah nak bangun dari sofa tu?? Mungkin kott.. mungkinn jugakk.. humm… entahlah.. entah.. entah.. taktau nak cakap ape dah.. 「entah」 je yang boleh keluar dari mulut aku sekarang ni, kalau cerita balik pasal kejadian tu.. hope u guys dapat ambil iktibar...


相关文章