Kisah Sebenar Budak 5 Tahun Bantu Bapanya Yang Buta Ke Tempa

@ 2016-06-28

Kisah Sebenar Budak 5 Tahun Bantu Bapanya Yang Buta Ke Tempat Kerja

Dapatkan cerita terbaru terus ke facebook anda dengan like page kami....terimakasih

Kisah Budak 5 Tahun Bantu Bapanya Yang Buta Ke Tempat Kerja:

Manila: Kisah seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Filipina yang membantu bapanya yang buta pergi ke tempat kerja hampir setiap hari mendapat liputan meluas media negara itu.

Dengan menggunakan sebatang kayu kanak-kanak berkenaan, Jenny membawa bapanya, Nelson Pepe bekerja di sebuah ladang kelapa di wilayah Leyte Selatan.

JENNY menggunakan batang kayu untuk membawa bapanya ke tempat kerja

Pepe atau dikenali sebagai Dodong bekerja dengan mengambil upah memanjat pokok kelapa.

Dia menerima 300 peso (RM26) sebagai upah memanjat sehingga 60 pokok kelapa sehari.

Seorang wanita, Rhuby Capunes merakam kehidupan dua beranak berkenaan yang hidup sederhana di wilayah terpencil berkenaan.

Video itu menunjukkan Dodong memegang sebatang kayu yang ditarik Jenny dari rumah mereka ke ladang kelapa berkenaan.

Selepas video tersebut menjadi viral dan mendapat perhatian media antarabangsa, sebuah pertubuhan ABS-CBN Foundation berharap dapat membantu memindahkan keluarga itu menetap di lokasi baru yang lebih baik.


相关文章