Assalammualaikum, saya baru bercerai dengan bekas suami disebabkan fitnah oleh soerang perempuan dengan suami kerana disebabkan fitnah oleh seorang perempuan yang suami saya tergila-gilakan dan sanggup lepaskan saya demi seorang perempuan ini.
Saya mempunyai 3 orang anak dan tidak bekerja dan sebelum bercerai saya mendapat tahu suami saya berlaku curang di belakang saya dengan kawan baik saya. Sanggup menipu kata pergi bekerja luar kawasan sedangkan pergi bercuti dengan kawan baik saya ini. Sanggup bekas suami biarkan saya dengan anak terkontang-kanting di rumah bersendirian.
Namun, dengan kuasa Allah SWT, salah seorang kawan saya telah telah terserempak dengan mereka di pasaraya Aeon dan kawan saya itu telah mengambil gambar mereka untuk dijadikan bahan bukti kecurangan suami saya itu.
Pada tarikh 26 April 2016 saya telah bergaduh besar, suamisaya sanggup pertahankan perempuan tu dari saya, sanggup menolak dan memukul dan mengurung saya demi perempuan tu, padahal kawan baik saya ini dulu menidakkan perhubungan dia dengan suami saya.
Selepas kejadian itu setiap hari dan setiap minggu mereka berjumpa dan pergi bercuti tanpa menghiraukan perasaan saya. Suami saya sanggup mengheret saya menghantar balik kampung dan pisahkan saya dengan anak-anak.
Tanpa pengetahuan saya, suami telah menukarkan persekolahan anak-anak untuk hantar balik kampung juga. Dia telah membuang kami dari hidup dia demi perempuan itu dan tanggal 19 Mei 2016, suami telah menceraikan saya disebabkan fitnah perempuan itu
Panggilan sayang telah bertukar dengan perkataan yang terhina dari mulut dia. Sanggup menuduh saya tidur dengan lelaki lain. Sekiranya dulu suami saya seorang penyanyang dan terbaik bagi saya, sekarang tengok muka pun, saya sudah benci dan berasa jijik
Pada 27 Mei 2016, bekas suami datang ke rumah lagi dan sanggup melafazkan talak 3 lagi dihadapan saya dan keluarga saya.. Hancur luluh hati ini, saya rasa macam perempuan hina..
Perempuan ini janda anak satu dan dulu pun dia menjadi isteri no.2. Sanggup ambil suami saya dan apa salah saya sedangkan saya sangat baik dengan dia.
Sekarang saya terpaksa memulakan hidup baru dengan anak di kampung untuk mencari kerja. Sedangkan sudah 9 tahun saya tidak bekerja. Demi anak-anak saya harus menjadi kuat. Mencari rumah sewa bukan perkara mudah, sekarang terpaksa menumpang rumah kakak saya dengan anak-anaknya, bekas suami nak bagi duit sekarang pun payah. –