Pasangan Adakan Hubungan Seks Terjatuh Dari Bukit

@ 2016-06-02

Pasangan Adakan Hubungan Seks Terjatuh Dari Bukit

STOCKHOLM, 1 Jun — Polis Sweden memberi amaran kepada pasangan yang mahu melakukan hubungan seks di dalam kenderaan agar tidak terlupa menarik brek tangan.

Amaran itu dikeluarkan selepas van mini yang dijadikan tempat satu pasangan meluahkan rasa berahi mereka tiba-tiba meluncur menuruni bukit, lapor AFP.

Berdasarkan foto yang ditweet oleh polis daerah Sodermalm di sini, van tersebut tersadai di tepi semak selepas terlajak ke arah kaki bukit Tantoberget.

「Di puncak bukit Tanto, brek tangan tidak ditarik sewaktu satu pasangan terlalu ghairah melampiaskan nafsu. Utamakan keselamatan pada bila-bila masa,」 kata polis di Twitter.


相关文章