Lelaki Ini Nampak Ganas, Tetapi Sebenarnya Dia Seorang Yang.. - Bila namanya seorang lelaki, mesti hatinya keras, garang dan ego kuat. Muka nampak garang, jarang senyum. Jalan macam gangster, lepastu macam dia je semua betul. Kecuali lelaki yang hati lembut..huhuhu..nad cakap pasal hati keras tau...hehehe..Tapi disebalik hati yang keras, adanya rasa kasih sayang yang mendalam dan lembut apabila bersama orang tersayang.Siapa orang tersayang tu???..ermmm..agak-agak siapa la erk??
Sememangnya bila kita tengok laki yang ganas, mafia ni, macam takde perasaan..tetapi sebenarnya dia mempunyai perasaan sayang yang mendalam terhadap orang yang disayangi. Lelaki macam ni lebih prihatin dan bertanggungjawab walaupun kadangkala dia terlalu sibuk sampai lupa dengan orang tersayang. Bila dia ada masa, dia akan dapatkan apa yang orang yang disayangi tu nak...ermmm..Tak kisahla benda tu mahal asalkan beri kebaikan kepada orang yang disayangi tu. Lebih prihatin lagi kau...hahhaa..
Hah!! nak tau siapa??..Daddy Farizala...hahahhaa..Kau jangan main-main, sejak ada anak, prihatin dia lain sikit. Bila nad nak makan dekat bawah, perlu lapik dengan suratkhabar, bukan dua helai, tapi berhelai-helai..sebab apa?? Sebab tempat tu kadang-kadang baby Fariza tidur, nanti bersemut. Bila dia rasa kaki anak sejuk, siap-siap pakai stokin, baju lengan panjang, seluar panjang,..kipas tak boleh direct dekat baby Fariza..
Bab mainan Fariza, kau jangan cakapla. Bila masuk Tesco atau shoping complex, dia akan menuju ke tempat mainan kanak-kanak. Mulalah dia beli apa yang Fariza suka. Asalkan mainan tu sesuai dengan Fariza dan Fariza suka, dia akan beli. Mahal tak mahal tu belakang kira. Bila daddy Fariza keluar dengan kawan yang dah kawin, mesti dia mintak pandangan atau apa-apa sahaja tentang budak kecik. Balik dari jumpa kawan, mula bagitau nad...huhuhuhu...
Kadang dia terlalu sibuk, sampai tak layan anak, tapi bila dia ada masa, dia akan layan Fariza sampai Fariza penat..macam tu la lelaki kan. Bila ada orang yang mampu buat di atersenyum, hilang segala keganasan dia..huhuhu..tu daddy Fariza..tak taula orang lain..ok bye..