Aku Dah Lama Stim, Tak Tahan Sangat Nie」 – Farah

@ 2016-05-18

Aku Dah Lama Stim, Tak Tahan Sangat Nie」 – Farah– Seorang wanitaberumur 23 tahun telah ditahan bersama rakan lelakinya

berusia 20-an ketika menghisap syabu di hotel bajet di Taming Jaya, kajang beberapa bulan yang lepas.

Mereka telah ditangkap dalam Ops Bersepadu oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang yang melibatkan 219 anggota bersama Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Majlis Perbandaran Kajang.

Wanita yang mahu dikenali sebagai Sahira itu menyatakan dirinya baru sahaja sehari dibebaskan dari lokap Balai Dang Wangi di atas kesalahan yang sama.

Dia ketagih syabu sehingga menghadapi masalah kewangan dan terpaksa menangguhkan pengajiannya di sebuah kolej swasta.

「Saya sudah mula mencuba barang sejak 15 tahun lagi kerana perasaan ingin mencuba dan terpengaruh rakan di sekolah.

「Tak sangka ia menjadi detik permulaan hitam hidup saya dan sehingga kini saya masih menagih dan sudah tujuh kali saya ditahan polis,」 katanya.


相关文章