PENUAAN bermula apabila timbul garisgaris halus pada wajah dan akhirnya menjadi kedutan. – Gambar hiasan
Fitrah setiap manusia akan melalui proses penuaan. Proses ini berlaku seiring dengan usia seseorang. Apabila penuaan berlaku akan timbul garis-garis halus pada wajah dan akhirnya menjadi kedutan. Setiap orang pastinya tidak ingin mengalami proses penuaan. Mereka ingin sentiasa kelihatan awet muda. Oleh itu pelbagai cara dilakukan supaya keadaan fizikal mereka masih kelihatan seperti 20-30 tahun lebih muda walaupun mereka telah menginjak usia senja.
Pada kebiasaanya, proses penuaan ini kerap terjadi pada seseorang yang mempunyai jenis kulit yang kering. Mereka yang berkulit kering, mempunyai kekurangan kadar sebum iaitu kandungan minyak yang melindungi kulit dari pencemaran dan melembabkan kulit. Di awal penuaan, kulit akan kelihatan kering, pecah-pecah, bersisik, kasar, dan disertai dengan kedutan serta timbulnya bintik-bintik hitam (terutama di bahagian wajah).
Kulit manusia terdiri daripada dua lapisan iaitu:
Epidermis (lapisan luar): Menghasilkan sel baru setiap hari bagi menggantikan sel lama/ atau sel mati. Dermis (lapisan tengah): Terdiri daripada tiga elemen penting iaitu kolagen, elastin dan fibroblast. Fibroblast akan menghasilkan kolagen.
Kolagen dan elastin ialah protein yang membentuk struktur lapisan kulit yang lebih mendalam, memberikan ketegangan, keanjalan dan kelembapan pada kulit. Hampir 70 peratus daripada tisu kita terdiri daripada kolagen.
Berdasarkan beberapa kajian, kira-kira 40,000 sel mati hilang dari kulit setiap minit pada setiap hari. Badan kita akan kehilangan 1000-4000 mg kolagen setiap hari.
Penuaan pra-matang
Penuaan pra-matang adalah proses penuaan yang berlaku lebih cepat. Mereka kelihatan lebih tua daripada usia sebenar. Punca penuaan pra-matang di sebabkan oleh pembaharuan sel kulit yang semakin perlahan. Ia juga dipengaruhi oleh pengeluaran kolagen dan elastin. Penuaan pra-matang juga berlaku dengan cepat jika seseorang individu itu tidak cukup tidur dan mengamalkan pemakanan tidak sihat. Mereka yang sering mengalami tekanan juga cenderung untuk mendapat tanda-tanda dan masalah penuaan lebih cepat. Gaya hidup yang tidak aktif, amalan merokok dan meminum alkohol juga peransang untuk penuaan berlaku lebih cepat.
Cara mencegah kulit kusam dan penuaan Minum banyak air kosong
Ketika usia semakin bertambah, kulit akan menjadi lebih kering. Anda akan mula menyedari kulit menghasilkan sedikit minyak tidak seperti sebelumnya. Oleh itu, pastikan anda selalu menjaga tubuh dari terhidrasi dengan minum banyak air. Mendapatkan Tidur yang cukup
Apabila kulit mula mengalami penuaan, walaupun kurang tidur beberapa jam saja boleh menyebabkan lingkaran hitam di bawah mata anda. Rajin membersihkan dan menjaga kesihatan kulit
Anda boleh menggunakan make-up untuk menutupi noda-noda pada kulit. Namun pastikan rajin membersihkan make up sebelum tidur. Kosmetik dari bahan kimia akan mempercepatkan munculnya kedutan pada wajah. Gunakan bahan-bahan semulajadi
Amalkan penggunaan bahan semula jadi pada kulit anda seperti ekstrak tumbuhan, dan buah-buahan supaya kulit anda semakin sihat. Menggunakan bahan-bahan anti-penuaan semulajadi seperti kunyit, susu dan lidah buaya boleh membuat kulit lebih sihat dan mengurangkan kesan sampingan. Mengamalkan pemakanan yang kaya anti-oksidan dan sihat
Apa yang anda makan juga memainkan peranan besar dalam melambatkan penuaan kulit.
Pengambilan makanan yang kaya antioksidan seperti beri, brokoli dan lada dapat membantu membina kolagen segar di bawah kulit anda.
Rawatan teknologi-nano mencegah penuaan (Threadlift) atau benang kolagen merupakan salah satu inovasi baru dalam bidang estetik perubatan tanpa memerlukan pembedahan. Threadlift merupakan jarum yang mengandungi benang berkolagen, yang dimasukkan di bawah lapisan dermis untuk menyokong penegangan kulit secara semulajadi.
Ia merupakan satu prosedur peremajaan kulit wajah yang di reka secara inovatif bagi mengatasi masalah-masalah penuaan seperti kedutan, kulit wajah yang jatuh, gelebeh, garis-garis di bibir, mata dan dahi. Ia boleh membentuk wajah, ia boleh mengurangkan kendur sekitar pipi, rahang dan leher dengan lebih cepat serta risiko yang minimal. Benang kolagen khas ini akan di masukkan ke dalam kulit melalui kaedah suntikan pada bahagian-bahagian tertentu.
Benang kolagen ini akan menyokong kulit yang berkedut dan kendur, sel-sel kulit yang baru akan terbina menjadikan kulit kelihatan tegang serta awet muda.