Tiada Sarawak,tiadalah duit untuk negara,kata Tengku Mahkota

@ 2016-05-16

Tiada Sarawak, tiadalah duit untuk negara, kata Tengku Mahkota Johor

By Irna Kusnita -

May 15, 2016

KUALA LUMPUR: Tengku Mahkota Johor sempat memberi komen tentang politik dalam catatan Facebook Johor Southern Tigers malam tadi dengan berkata, jika tiada Sabah dan Sarawak, maka tiadalah duit buat negara ini.

Tidak pula diketahui mengapa Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi komen tersebut, tetapi Tengku Mahkota dikenali sebagai pemimpin yang berterus terang jika beliau tidak puas hati dengan sesuatu perkara.

Baginda tidak pula mengulas lanjut kenyataan berkenaan, tetapi dapat difahamkan bahawa Sarawak dan Sabah banyak memberi sumbangan kepada kerajaan persekutuan dari segi pendapatan negara.

Komen tersebut dilanjutkan selepas baginda menyentuh keadaan dihadapi kelab JDT yang didakwa berdepan 22.8 juta penyokong di Semenanjung, ketika kelab itu hanya mempunyai seramai 3.6 juta penyokong saja, termasuk 50,000 di Stadium Shah Alam.

Tengku Mahkota yang turut dikenali sebagai TMJ merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada para penyokong dari Sabah dan Sarawak yang memberi sokongan padu kepada JDT.

Difahamkan, terdapat sekitar 40,000 anak Sarawak bekerja di Johor ketika ini, kebanyakan mereka dari luar bandar dan pedalaman. – Sarawakvoice.com

- See more at: http://sarawakvoice.com/2016/05/15/tiada-sarawak-tiadalah-duit-untuk-negara-kata-tengku-mahkota-johor/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook#sthash.ozzdFqxy.dpuf


相关文章