Saya Hanya Mampu Melihat Tangan Lemah Menepuk Nepuk Cermin Minta Tolong
By sainstis giloOn May 15, 2016 22 views
Saya Hanya Mampu Melihat Tangan Lemah Menepuk Nepuk Cermin Minta Tolong|Kemaman: Pemandu kereta yang belum dikenal pasti jantina dan identiti, rentung selepas Perodua Myvi dipandunya terbakar akibat kemalangan dengan Proton Persona dalam kejadian di Kilometer 118 Jalan Jerangau-Jabor, dekat Kampung Padang Kubu, di sini, 8 pagi tadi.
Pemandu Proton Persona yang parah, diselamatkan orang awam yang kemudian menghantar mangsa ke Hospital Kemaman sebelum bomba tiba di lokasi. Maklumat penuh berhubung kejadian bagaimanapun belum diperoleh dan kemalangan masih dalam siasatan polis.
Cerita sorang insan yang menyelamatkan mangsa.
Kisah pagi tadi dalam perjalanan ke tempat kerja. aku memberanikan diri untuk menolong mangsa kemalangan.
Kemalangan melibatkan dua buah kereta di jalan padang kubu kemaman.mase sampai kedua dua kereta terbakar..kereta pesona & myvi..
Melihat mangsa dalam kereta pesona yg mengerang kesakitan sambil mukenye terpandang pada aku,tanpa memikirkan ape apa dengan api yang tengah marak aku terus terjun dari motor dan selamatkan akak tu.
Agak susah jgk nak bukak pintu tapi alhamdulillah dengan kuasa allah dan kudrat aku seorang.akak tu brjaya aku keluarkan,.tapi sampai sekarang aku terkilan sebab tak dapat nak selamatkan mangsa dalam kereta myvi..
Sebab api terlampau besar dan cermin tertutup asap pun dah hitam dalam kereta,hanya mampu melihat tangan yang lemah menepuk nepuk cermin minta tolong.
Memang terkilan,semua di luar kemampuan saya ,pada akak yang aku selamatkan tadi,saye doakan akak sihat dan saya mintak maaf kalo tadi saya kasar mase menolong,sebab terpakse.BlackGanu (Terimakasih hero)
Video sekitar kejadian kemalangan di Jalan Padang Kubu,Jerangau Jabor
Video Player
00:00
00:20
gambar sekitar kejadian kemalangan di Jalan Padang Kubu,Jerangau Jabor