Pendaftaran myLESEN 1 Rakyat 1 Lesen JPJ 2016
JPJ akan melancarkan produk terbaru dinamakan myLESEN - 1Rakyat 1Lesen.
Produk ini sesuai untuk Rakyat Malaysia berumur 16tahun keatas ((langsung tiada mempunyai lesen memandu)) boleh memohon lesen memandu kelas B2.
Harga RM299 termasuk GST
Pendaftaran bermula 6 April - 6 Jun 2016 SAHAJA.
Info lanjut & borang boleh dimuat turun melalui www.jpj.gov.my atau di Institut Memandu berkenaan.
Ahli Skuad Muda 1JPJ adalah keutamaan menyertai produk myLESEN - 1Rakyat 1Lesen
***************************
Sedikit info mengenai myLESEN
1. Dilaksanakan pd 6 April 2016
2. Tempoh pendaftaran 6/4/2016-6/6/2016
3. Terbuka kpd 16 tahun ke atas dan tidak mempunyai sebarang kelas lesen memandu. Warganegara Malaysia & PR.
4. Bayaran RM299 termasuk GST
5. Ada bayaran tambahan sekiranya gagal di Bhgn 1 / 2 / 3. (Kecuali Ujian Bertulis & Lisan)
6. Ujian komputer gagal 2 kali, layak ambil ujian bertulis. Ujian bertulis gagal 2 kali, layak ambil ujian lisan.
7. Perlu selesaikan program khas ini dlm tempoh 4 bulan. Selepas drpd itu, calon akan terkeluar dr program.
8. Pendafataran: Boleh terus pergi ke institut memandu berdekatan anda.
Berikut adalah screenshot dari FB rasmi JPJ berkenaan cara pendaftaran program myLESEN ini.
Anda boleh membuat sebarang aduan kepada JPJ berkenaan isntitut memandu tempat anda memohon di pautan berikut:
http://mot.spab.gov.my/eApps/system/index.do