Kemungkinan Tun M Ditangkap Selepas PRN Swk – Zaid Ibrahim

@ 2016-04-22

Kemungkinan Tun M Ditangkap Selepas PRN Sarawak – Zaid Ibrahim

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim tidak menolak kemungkinan Tun Dr Mahathir Mohamad ditahan selepas pilihan raya negeri Sarawak bulan depan.

Beliau berkata demikian ketika catatan terbaru di blog semasa menceritakan sesi soal jawab dengan kira-kira 300 sukarelawan dari Parti Amanah Negara (AMANAH) di Kelantan semalam.

Walaupun menjadi pengkritik paling lantang pentadbiran BN dan dituduh menjaja pembohongan serta fitnah untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, namun bekas perdana menteri itu masih bebas untuk meneruskan kempennya.

Baru-baru ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan bahawa Mahathir disiasat mengikut empat perkara.

Pemerhati mendakwa bahawa Putrajaya khuatir terhadap tindak balas politik, terutama di kalangan orang Melayu, jika bekas perdana menteri berusia 90 tahun itu ditahan. – MK


相关文章