Cetus Kontroversi Bergambar Di Masjid
Penyanyi seksi Rihanna sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia memuat naik beberapa keping gambarnya di Masjid Sheikh Zayad Grand, Abu Dhabi.
Rihanna yang tampil menutup aurat dengan berpakaian jumper berwarna hitam berserta tudung telah memuat naik gambar-gambar tersebut di akaun Instagram miliknya, @badgalriri.
Walaubagaimanapun Rihanna yang turut mengenakan kuku merah dan memberi aksi seksi dalam gambar-gambar tersebut telah menimbulkan kemarahan segelintir peminatnya yang merasakan penyanyi "Stay" ini tidak perlu bergambar sedemikian kerana masjid adalah tempat yang suci buat orang Islam dan wajar menghormatinya.
Rihanna berada di negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk siri jelajah dunia konsert "Diamonds". [KREDIT]