Dikutuk kerana ujikaji `bodoh』
FMT Reporters
| April 20, 2016
Netizen menyifatkan ia sebagai sebuah ujikaji bodoh dan tidak wajar untuk disebarkan.
VIDEO INSIDE
PETALING JAYA: Ujikaji yang diviralkan oleh seorang wanita untuk menunjukkan kepingan keropok yang dibakar didakwa mempunyai kandungan plastik mendapat kutukan pengguna alam maya.
Malah, rata-rata netizen yang telah menonton visual yang dirakam wanita terbabit menyifatkan ia sebagai satu contoh `bodoh』 dan tidak wajar untuk disebarkan.
Menerusi video berkenaan, wanita itu menyindir keropok yang dibelinya di Kelantan itu berbau hangit apabila dibakar ekoran mendakwa dicampur dengan plastik seperti produk makanan yang diimport dari China.
「Haaa…terbakar keropok Kelantan ni. Ini nak kena viralkan. Menjadi-jadi terbakarnya ni. Padanlah sedap dan rangup,」 katanya.
Menurut wanita itu, pembuatan keropok sepatutnya hanya menggunakan tepung sahaja sebaliknya, makanan ringan yang dibakar itu seolah-olah dicampur dengan bahan sintetik membuatkan ia mudah terbakar.
Pemerhatian menerusi audio wanita terbabit turut membakar keropok yang dibeli di Terengganu dan ia turut dilihat terbakar seperti keropok yang di beli di negeri Cik Siti Wan Kembang.
Dia juga mendakwa pengusaha keropok di kedua-dua negeri itu cuba menipu pembeli apabila membuktikannya menerusi ujikaji yang ditunjukkan.
「Apa nak jadilah diorang ni…ingatkan pengusaha tempatan tak menipu rupa-rupanya macam dia buat kita,」 ujarnya lagi.
Seorang pengguna Facebook Amrul Otai memberikan komen;
「Wat malu je..bukan keropok je kalau dibakar hangus..makcik pun kalau dibakar hangus juga,」 tulisnya.
Seorang lagi Aziz Hasan memberikan komen;
「Klu bakar kambing dgn lembu rentung tak???adakah lembu dgn kambing diperbuat dari plastik sentitik atau polimer?,」 katanya.
LINK VIDEO: Dikutuk kerana ujikaji `bodoh』