Pemansuhan penggunaan 『Lain-Lain』 harus dilakukan secara undang-undang
April 19, 2016, Tuesday
PENGIKTIRAFAN: Baru (dua kanan) pada sidang media semalam. Turut kelihatan Naib Pengerusi PKR Sarawak See Chee How (kanan).
KUCHING: Pemansuhan penggunaan 『Lain-Lain』 merujuk kepada Bumiputera Sarawak dalam borang rasmi kerajaan seperti diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini harus dilakukan secara undang-undang.
Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Baru Bian berkata tanpa melakukan pindaan kepada perlembagaan dan undang-undang berkaitan pemansuhan itu tidak akan menyelesaikan masalah.
「Pemansuhan penggunaan 『Lain-Lain』 dalam borang rasmi kerajaan harus dilakukan secara undang-undang. Jika tidak ini menunjukkan kerajaan pusat tidak serius dan ia hanyalah gimik politik menjelang pilihan raya,」 katanya pada sidang media di sini, semalam.
Baru yang juga calon bagi DUN Ba』Kelalan berkata Bumiputera Sarawak tidak boleh dikategori 『Lain-Lain』 kerana mereka adalah penduduk asal Sarawak dan mempunyai hak ke atas negeri ini.
Menurutnya penggunaan 『Lain-Lain』 menggambarkan Bumiputera Sarawak tidak penting dan kewujudan mereka sebagai rakyat Malaysia tidak diiktiraf.
「Perkara ini sangat penting untuk Sarawak kerana adat dan budaya terlibat, apabila perkara ini terlibat penduduk asal Sarawak mahu diletakkan dalam kelas atau kumpulan yang membuatkan mereka berasa selesa serta memberi mereka satu identiti yang unik.
「Selain sebagai satu pengiktirafan sebagai penduduk asal Kepulauan Borneo.
「Tambahan ada pihak yang mengetahui kewujudannya dan menjadikannya rujukan, maka lebih baik ia dijadikan sah di sisi undang-undang,」 tegasnya.
Baru bagaimanapun berkata PKR mengalu-alukan pengumuman Ahmad Zahid itu, kerana ia sejajar dengan tuntutan PKR selama ini.
「Kita berterima kasih kepada Putrajaya kerana melaksanakan dasar PKR dan kami mahu menegaskan PKR akan melaksanakan lebih banyak lagi dasar yang akan memberi manfaat kepada rakyat Sarawak jika kami diberi mandat oleh rakyat pada Pilihan Raya Negeri kali ini.
「PKR sudah meminta pemansuhan 『Lain-Lain』 dalam borang rasmi sejak lama dahulu dan ia terkandung dalam 18 Perkara Hala Tuju PKR yang diumumkan pada Ogos 2015,」 katanya.