Kes Pertama Zika Pasangan Gay Dikesan Di AS

@ 2016-04-15

Kes Pertama Zika Pasangan Gay Dikesan Di AS

Details Published on Friday, 15 April 2016 12:24

Foto:AFP

MIAMI: Pihak berkuasa Amerika Syarikat memaklumkan kes pertama Zika yang dipindahkan menerusi seks antara dua lelaki gay, menunjukkan satu lagi cara jangkitan virus dibawa nyamuk itu.

Kes berkenaan membabitkan lelaki yang mengunjungi Venezuela dan menjangkiti pasangannya yang tidak melawat negara itu, sekembalinya ke Texas Januari lalu.

Pasangan itu tidak mengamalkan seks bebas selama lebih 10 tahun, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC).

Kedua-dua mereka mengalami demam, ruam di bahagian atas tubuh dan jangkitan mata, tetapi tiada komplikasi berpanjangan.

Sekurang-kurangnya lima lagi kes pemindahan Zika menerusi hubungan seks digambarkan dalam penulisan sains, tetapi membabitkan lelaki menjangkiti wanita.

"Pemindahan secara seksual menerusi vagina dan dubur adalah cara baru jangkitan virus Zika yang menyumbang kepada lebih banyak penyakit berbanding dijangka apabila penularan wabak ini dikesan kali pertama," menurut CDC.

Awal minggu ini, CDC menyatakan tiada keraguan lagi Zika boleh menyebabkan kecacatan kelahiran, menjadikan ia virus bawaan nyamuk pertama diketahui mampu menyebabkan masalah kesihatan kepada janin.

- Agensi


相关文章